Wednesday, September 30, 2009

Jalan jalan

Sehari dua ni broadband memang masalah, tak sempat nak baca, asyik putus-putus je,tadi ana baru tengok blog hantumakan dia nak ke kelantan, entah entah dah sampai dah. Hari tu masa balik raya sempatlah meronda-ronda sekejab, dah lama tak pergi ke Kota Bharu, adalah dua tiga tahun dah, kalau balik kampung setakat rumah kakak ana je. Hari tu ada pergi kejab je, sempat singgah pantai pcb, dah lain dah dari dulu. Kat tepi tepi dah penuh dengan batu batu, ini bukan batu semulajadi ada kat sini tapi diangkut letak kat situ untuk mengelak hakisan. Ini kan laut cina selatan, ombaknya lebih besar, pantainya lebih curam, pasirnya lebih kasar. Berbanding dengan pantai pantai di sebelah pantai barat, pantainya lebih landai, ombaknya lebih kecil dan pasirnya lebih halus. (perasan jadi cikgu geografi)






laut cina selatan
Kalau nak makan udang goreng ke sotong goreng ke sambil minum air kelapa muda, di sinilah. sambil sambil tu angin sepoi sepoi datang, sejuk . Kalau nak mandi tak sesuai, tambah tak pandai berenang, tapi tak pa abang penyelamat ada bertugas kat pondok meneropong kekalau ada yang lemas. Sebelum sampai kat sini ada kedai kedai jual baju baju batik, kalau nak beli baju kelawar memang murah murah, tapi kalau cakap kelantan lagi murah..he he..


Kalau nak beli serunding ke dalam 5 kilo untuk makan 3 bulan, pergi ke pasar siti khadijah. Keropok, budu, beras siam semua ada, periuk cap buaya 9 beradik, macam macam lah. Seperti biasa kalau pandai cakap kelantan lagi murah.. Tapi kalau tak pandai jangan cuba nanti bunyi macam orang siam baru sampai. Barang barang dari siam banyak di jual di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur. Dah lama dah ana tak ke sana. Harap harap hantumakan enjoy, tempat makan sila cari sendiri.... ana dah mengantuk nak cita panjang ni...

6 comments:

  1. saya orang NS. suka sangat kalau dapat pergi KB. makanannya cukup kena dgn selera saya. tapi kalau ikut jalan darat, mak dato' siksanya nak sampai. kalau pergi KB, Pasar Buluh Kubu tak pernah miss.

    ReplyDelete
  2. tak de pun seksa,kawan ana balik raya 14 jam boleh senyum lagi...enjoy

    ReplyDelete
  3. La...cantiknye PCB. Seumur hidup aku x pernah p. Dulu masa duduk kat t'ganu pun aku tak sempat sampai Kelantan. Bila bole bawak aku ke sana? Nampak cam damaiiii je, tapi aku ni takut ombak la pulak.Boleh tengok dr jauh je..tak berani pijak kaki kat tepi laut tu..boleh pitam aku

    ReplyDelete
  4. sapa ni tak kasi nama..macam mana nak bawa...

    ReplyDelete
  5. che la,

    baru pulang malam tadi.. :) ..

    saya tak kesampaian ke PCB, penuh dgn agenda kenduri, tapi sampai ke rantau panjang, kok lanas(rumah mokcik hubby) dan wakaf che yeh.. kami duduk di homestay kat lemal..

    best betul ke kelantan, datang dari cameron/gua musang, balik pulak lalu coastal trengganu dan pahang..

    mesti saya akan dtg lagi memandangkan tak sampai lagi PCB (alasan ngada, hahahaha)

    sempat juga sample air asam perut(sup perut kan), nasi kerabu pior from kelantan, colek..

    tak sempat rasa/tak sampai kat: akok, nasi tumpang, angin PCB, pengkalan kubur, pasar siti khadijah

    nanti saya buat posting bout the trip.. thxs a million for the entry..

    ReplyDelete
  6. hantu makan, lain kali kena pergi seminggu atau sepuluh hari..

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan