Sunday, September 6, 2009

Siaran tertunda

Petang Sabtu lepas memang tak de kerja lain selain dari tidur. Entah kenapa mata macam menjahit-jahit. Sudahnya terjaga pukul 5 petang. Satu apa pun tak ade dalam peti ais, pukul 5.30 barulah terhegeh-hegeh nak ke param Sungai Besi, Sungai Besi lagi. Hujung minggu memang suka ke sini, bukan apa saja nak memeriahkan suasana. Heran ya, mana pergi mak cik semua, tahun lepas lepas ramai mak cik mak cik, tahun ni makin ramai indon. Orang muda muda pula yang berniaga. Dah pencen kot mak cik makcik semua. Orang muda gayanya lebih. Jual makanan dik oi , jangan la rambut terjurai-jurai, tak lalu ana nak beli.
Pusing 2 round konon nak cari akok, tak ada pula yang capai piawaian, semua nampak keras dan tak berkedut, pula lebih cerah. Ni mesti kurang telur dan tak guna gula melaka. Macam bancuh simen terlebih pasir. Akok yang berkualiti selalu nampak berkedut, lembut dan warna lebih gelap contoh macam ni
gambar curi

Kalau nampak tak macam ni jangan lah beli gerenti tak sedap. Dah puas pusing last sekali beli lompat tikam. Ada sesapa tak kenal lompat tikam. Tengok betul-betul, kuih ni mesti ada warna hijau daun pandan,putih santan dan pulut merah. kalau tak ada 3 ni memang tak cukup korum.

sedia untuk disuap

Tak kena kalau tak dipadankan dengan segelas teh mas cotek suam suam. Ahhhhhhhh...... nikmatnya Malaysia...........

Alhamdullillah kenyang dah..... makan nasi selepas magrib la .... pecah perut kalau makan terus.

6 comments:

  1. lompat tikam tu rasa dia macam mana kenapa mesti namanya macam tu yer

    ReplyDelete
  2. rasanya manis sebab kuahnya gula melaka dimasak cair. Sampai sekarang ni pun puzzled kenapa namanya begitu.

    ReplyDelete
  3. mak aih~
    hehehe
    akok tu manis kan?
    pena makan masa ade fieldwork kat kelantan..
    lompat tikam!
    makanan wajib kat tadika..
    heeee
    rindu time bebudak~~

    ReplyDelete
  4. wa ka ka...masa bebudak lagi syok

    ReplyDelete
  5. salam Che La, eh baru smlm bercerita dgn kawan, betapa sdpnya lompat tikam. Minggu lalu sy ada makan, itulah kali pertama saya mkn dan pertama kali juga dgn nama dan nampak rupanya. dan sehingga mlm ini, dah 3x sy berbuka dgn lompat tikam tu ...:). uhhh mmg best.
    Akok, x pnah rasa lagi..

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan