Wednesday, December 16, 2009

Blogger bertemu Blogger

Baru 6 bulan menjadi blogger ana telah membaca bermacam macam kisah disini, banyak pelajaran dan pengajaran telah dikutip.Disebabkan ana lebih suka membaca dari menulis, entry tak ada lah sebanyak mana. Masa membaca buku telah kurang kerana lebih banyak menatap skrin setiap hari. Tak ramai pun follower, baru beberapa kerat saja, ada orang baru 6 bulan blog dah ada 400 follower, tapi ana tak kisah, ada ke tidak bukan perkara utama sebab ana lebih suka membaca tulisan orang.

Ramai juga blogger berjumpa blogger, tapi setakat ini ana belum ada kekuatan untuk berjumpa sesiapa. Apabila berjumpa mesti ada kisah suka dan duka akan dikongsi selepas itu. Ana hanya membaca sahaja kisah kisah mereka, yang baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan. Setiap hari ana ternanti nanti entry blogger yang ana minati. Ada beberapa orang blogger yang teringin ana jumpa tapi ana malu  belum bersedia. Sudi kah mereka?
  • Mamai adalah blogger pertama yang menjadi follower ana. Kesudian mamai amat dihargai, seorang bapa,suami dan kekasih contoh. Ana telah membaca kesemua entry mamai, siapa yang tak tersentuh membaca kisah percintaan mamai yang tragis, yang boleh mencairkan besi, melembutkan hati, ramai blogger tertanya tanya masih ada kah lagi lelaki seperti mamai di zaman bio teknologi ini ? Puisi puisi puitis mamai selalu menarik hati, malangnya ana tak mengerti, ana buta seni.
  • Tijah blogger yang hebat dengan masakannya, semua entry tijah juga sudah dibaca, ada orang bertanya kenapa follow tijah? ana bukan jenis pandai memasak. Berapa ramai blog perihal masakan di sini tetapi rating tijah tinggi, tijah bukan sahaja menonjolkan masakan. Blog tijah cukup perasa, semua ada, rasa lucu, gembira, sedih, marah, lapar, dahaga, susah hati, insaf, kecewa, geli, melenting, darah tinggi, dan macam macam lagi. Kalau 3 hari tijah balik Penang orang menanti nanti. Bila nak up date ni?
  • YB, seorang yang merendah diri, yb yang selalu sibuk tetapi sentiasa meluangkan masa untuk family. Jalan jalan makan makan. Yb bercerita dan membalas komen sepenuh hati. Kita membaca pun puas hati. Pernah juga yb ingin mengundur diri dari blogging kerana kesempitan masa tapi ramai peminat menghalang. Sunyi tanpa celoteh yb, akhirnya yb akur, terima kasih yb. Cuma kalau jumpa ingin juga tanya yb,kenapa syarikat kulit kerang mesti bayar di dalam? susah ni yb.
  • Finaz ,ini pakar it, memang tak lokek berkongsi idea. Bekerja dari rumah, best kan. Pagi pagi selepas subuh dah mengadap pc. Rezeki banyak mari, banyak projek nak disiap tetiap hari, berniaga online. Kalau finaz cakap Perancis, ana hanya nganga sendiri. Banyak ilmu dalam blog ini. sesapa pun boleh ke sini.
Ramai lagi blogger yang best cuma hingga di sini dulu dah lewat malam ni.

21 comments:

  1. yups
    teringin nak jumpa dgn blogger2 dkt luar tapi masih xberani

    ReplyDelete
  2. salam..
    fuhhh..ni kira cukup hayat-meghayati dalam penulisan...memang banyak kan pengalaman ber"Blog" ni..pak long pun rasa cam tu..lagi banyak melawat blog org...baru tahu apa itu BLOG..

    ReplyDelete
  3. tiba2 ai blushing. ai sudi per jumpa yu. yu jgn la malu2.

    ReplyDelete
  4. hans,
    sama la kita

    pak long,
    ya banyak pengajaran boleh timba di sini

    tijah,
    pemalu, pendiam, percaya lah....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    kalau dulu blogger buat gathering, berjumpa ramai2...

    ReplyDelete
  6. lipis,
    waalaikumusalam,
    malu la ramai ramai

    ReplyDelete
  7. kamu juga best bila boleh ketemu yer

    ReplyDelete
  8. Salam...inilah seronoknya berblog...jumpa ramai rakan maya...pengalaman sonata "bertentang" mata dengan bloggers - betul2 macam dah lama kenal - cukup mesra sebagaimana dalam tulisannya - begitu la bila bertentang mata...betapa hebatnya berblog ni!

    ReplyDelete
  9. mamai,
    belum lagi buat masa ini,bukan tak sudi belum ready

    sonata,
    ana belum ada pengalaman bertemu lagi... tunggu kemudian hari

    ReplyDelete
  10. Salam Hijrah. Selamat Maju Jaya. Saya pun blogger yang pemalu hak hak hak.

    ReplyDelete
  11. moga moga kita lebih maju pok li... blog pok li sangat bagus

    ReplyDelete
  12. tapi memang rasa nak jumpa
    tgoklah kalau ada rezeki jumpalah
    tapi den nih malu2 sikit
    kena amik masa yg lama sebelum leh huha huha
    haha

    ReplyDelete
  13. belum ada kekuatan ..rasanya ana boleh teka yang mana satu beruwang dari gambar gathering sogo itu.

    ReplyDelete
  14. semua blogger senior tu
    mamai, tijah n yb aku kenal
    hehe

    ReplyDelete
  15. tm,
    betul ke? macam tak percaya...

    ReplyDelete
  16. banyak yang aku dah blaja dari blog yang aku dah lawat:.. rugi tak involved awl dalam dunia blog nih:..

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan