Thursday, March 18, 2010

Lama tak jumpa

Tadi daun berjumpa seorang kawan, dah bertahun tak jumpa, kami terserempak di ym beberapa bulan lepas, selalu orang jumpa kawan di facebook. Dia pun terkejut, daun ada simpan addressnya masa zaman chatting muda muda dulu. Beberapa bulan ym akhirnya berjumpa sambil makan makan, daun sorang yang makan dia kata dia dah kenyang. Bagus juga, jangan makan kalau kita dah kenyang, he he.


Banyak soal jawab, itu ini begitu begini, kisah hidup yang tak sunyi dari ranjau dan duri, cehhhhh. macam drama tv pula. Dia suruh daun tulis di blog mengenai perkahwinan yang membosankan. Daun mati idea, kalau daun mula tulis bermakna daun menjadi macam maimunah di celah celah kehidupan dalam mingguan malaysia tu.  Menulis mengenai cerita kehidupan orang yang kecewa, marah, serba salah, terperangkap dan macam macam ciri negatif lagi.

Kisah rumahtangga ada masa baik kita jangan campur tangan, biar mereka sendiri selesaikan. Seorang kawan pernah berkata, hidup berumahtangga ibarat untung batu dan sabut, kalau untung batu tenggelam dan tak timbul timbul lagi. Kalau untung sabut timbul, nasib kita baik. Masalahnya sekarang bukan semua orang untung sabut.

10 comments:

  1. rasanya
    hidup berumahtangga ni, terhasil dari acuan kita di awal perkahwinan
    yang selebihnya ialah doa yang tak henti
    agar kasih sentiasa lebat di hati

    ReplyDelete
  2. erkkk.. citer kisah rumahtangga?? Kanak2 boleh baca tak? hehe..

    ReplyDelete
  3. kl,
    daun rasa u patut jadi maimunah

    finaz,
    ehhhh, boleh tak ada masalah, kanak kanak yang patut tau mana baik dan buruk.... kan kan kan

    ReplyDelete
  4. ye, daun..jgn campur tgn urusan rumahtangga org..klu nk settle, suruh pi pejabat agama jerk..bukan pejabat mangga huhuhuh...

    ReplyDelete
  5. perkahwinan yg membosankan?

    bermakna dia tidak bahagia?
    kena lah cari bahagia itu,
    cewaaaaaaaahhh..

    heeeeee

    daun,
    jgn menjadi org ketiga dalam masalah
    nanti tersepit

    semoga bahgia
    jaga diri
    xoxo

    ReplyDelete
  6. daun

    kenapa kena jadi maimunah ...
    sapa ekk maimunah tu??

    o ya
    datang blog saya
    ambik award maya

    http://klcitizen.blogspot.com/2010/03/tangan-yang-memberi-lebih-baik.html

    ReplyDelete
  7. blue,
    betul betul betul apa yang blue cakap tu

    kl,
    maimunah ada dalam mingguan malaysia, dulu selalu baca sekarang letih aaaa

    p/s
    terima kasih award tu tapi daun jarang komen blog kl sebab mungkin berat kut, broadband daun tak larat nak angkat he he

    ReplyDelete
  8. Kalau baca DCCK tu ramai yg takut nak kahwin sbb ingat kahwin ini banyak masalah.

    Kalau niat kita ikhlas utk cari keredhaan Ilahi dan ikut sunah nabi, insyaAllah kita akan bahagia bila berkahwin.

    ReplyDelete
  9. yb,
    betul kata yb tu masalah timbul bila salah seorang gagal dalam peranannya

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan