Sunday, March 7, 2010

Panas panas panas

Cuaca yang panas sekarang memang menyebabkan kita rimas berada dalam rumah, tambah tambah rumah yang tak mampu nak beli air cond macam rumah daun ni. Kipas yang berpusing itu cuma memutarkan udara panas yang sama sahaja. Pusing pusing kat situ juga. Cuaca panas ini ada baik dan ada buruknya, ada orang bertambah rezekinya di musim panas dan ada orang semakin buruk nasibnya di musim ini. Antara orang yang bernasib baik di musim ini ialah
  • Penjual air di tepi jalan, lakunya kedai air tebu dan air kelapa, kalau lalu depan mereka di waktu tengahari mesti rasa nak berhenti beli. Tentunya sejuk tekak kita sekejab selepas habis segelas.
  • Kedai kipas, kedai air cond sekarang makin kembong poket mereka. Kalau kita datang setakat nak beli lampu rm 4.50 tu memang la lambat dilayan.
  • Kedai accessories kereta juga laku, mana ada orang boleh tahan kereta tak ada air cond musim sekarang, nanti mandi peluh, cermin pun kalau boleh nak tinted 100 %.
  • Kedai gunting rambut pun laku, rimas la berambut panjang sekarang, boleh tak nak potong ala ala tentera baru lapur diri.
  • Agak agaknya tokeh baju pagoda pun kaya sekarang, musim panas ni orang selesa pakai baju pagoda saja, tak kisahla cap menara teluk intan pun boleh kalau tak ada yang mahal.
Walaupun lewat petang tadi sudah hujan sekejab tetapi bahang panas masih terasa hingga ke malam, elok daun pergi buka peti ais tengok apa yang ada untuk basahkan tekak sikit.

7 comments:

  1. aku tadi baru top up stok pes asam jawa adabi. pergh. buat air + asam boi mmg sedap musim2 panas nih

    ReplyDelete
  2. asam jawa? nanti la cuba errr bukan ke ko suka jus korma?

    ReplyDelete
  3. betul la daun, skang panas sgt panas.. tapi nasib baik masa beli property dah listed yg rumah yg dibeli taknak mengadap sun-up and sun-down, alhamdulillah stakat ini masih tak perlu lagi pasang air-cond, rumah saya adalah bersuhu selesa dan musim panas ni kipas aingin on 24 jam, tapi angin sejuk..

    ReplyDelete
  4. daun masuk la peti ais sekali..gerenti sejuk smpai ke tulang tau hehehehe

    ReplyDelete
  5. hantu makan,
    kasihan ya orang yg rumah mengadap matahari tu siang malam panas

    sahrom
    tak muat la daun sama besar dengan peti ais tu

    ReplyDelete
  6. mmg panas gilos!!

    tido malam pake boxer jer
    hahhahaha

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan