Makan memang dia jaga betul, kurang makan yang berdaging, banyak makan sayur dan buah-buahan. Kalau makan daging semua lemak-lemah dibuangnya. Tak kira ayam ke lembu. Kulit ayam pula semua dibuang sebelum dimasak. Organ-organ dalam langsung tak disentuhnya. Anak anak pun diajar begitu.
Makanan segera paling dielakkan, dia jarang makan diluar. Wah... mendengar cerita speaker tu...ana terus bersemangat untuk ikut jejak langkahnya. Lagipun maggi memang ana tak suka dari dulu, tak payah la offer. Bab organ dalam ni pula, banyak kalau nak disenaraikan. Boleh ke kalau nak skip semua?
- Hati
- Jantung
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Buah pinggang
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan.
Banyak tu,
... fikir fikir, ....boleh... skip semua ni.... Jangan makan! Habis cerita. Lagipun ana suka makan ikan dari daging lembu atau ayam, lembu import tak suka, lain rasanya, maklumlah orang kampung. Kambing tak payah kasi, tak lalu. Cuma tak boleh elak kalau hari Raya korban, dua tiga hari memang tak ada lauk lain, daging, daging, daging dan daging. Terpaksa juga makan organ dalam sekali setahun.
Banyak blog memperkatakan tentang pertembungan antara sains dan islam tentang organ dalaman ini. Salah satunya dari
“Dihalalkan untuk kita (umat Islam) dua jenis bangkai dan dua jenis darah, adapun dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang, manakala dua jenis darah itu ialah hati dan limpa.” (Hadith riwayat Ahmad 2/97, dan Ibn Majah, Kitab al-At’imah, bab al-Kabid wa al-Tihal.
Hati mempunyai banyak kelebihannya tapi ia juga menyumbang banyak cholesterol. Panjang nak cerita di sini. Broadband pun mengada ngada kejab ada kejab putus. Tunggu la esok bayar. Sila baca tulisan


Dah lama ya tak baca utusan pengguna ni, dulu selalu nampak kat kedai buku, sekarang entah ada ke tak. Persatuan Pengguna yang paling aktif adalah dari Pulau Pinang, banyak juga buku buku keluaran persatuan ni di kedai kedai. Kita je yang tak nak beli dan baca. 
.jpg)


Minta maaf ya duit menang nombor tak payah belanja, terima kasih je. Beberapa tahun dulu ana pernah pergi ke rumah seorang kenalan, dia baru masuk rumah baru. Sedang sedang borak, dengan selamba dia bagitahu, sofa cantik yang ana sedang duduk tu, harga 3k tu, dia orang beli menang nombor. Macam mana tu?




