Sunday, November 22, 2009

Menjelang hujung tahun

Antara tabiat ana yang masih ada sampai sekarang adalah mengumpul duit siling. Apabila sampai di rumah perkara pertama adalah memasukkan duit siling dalam tabung. Berat la nak bawa duit siling. Simpan di rumah je. Akibatnya bila tabung dah penuh, terpaksa kira dan hantar ke kedai untuk ditukar. Kebanyakan kedai runcit sekitar taman ni dah kenal muka ana. " Kalau nak tukar hari hari pun boleh,besok boleh bawa lagi."
Penat sebenarnya mengira duit siling ni, dua hari cuti ni tak de kerja lain, memandangkan insuran kereta akan expire dua tiga hari lagi, terpaksa mengira sampai habis. Cukuplah untuk renew tahun ni. Bertahun tahun mengira duit siling. Dah naik malas dah. Mulai tahun depan tak mahu lagi menabung duit siling. Dah tetua ni tak upaya lagi nak membilang. Menyimpan duit kertas mungkin lebih ringan tetapi kurang selamat, sebab selalu buka bila hujung bulan. Macam mana tu?

7 comments:

  1. assalammualaikum

    amalan yang baik, kenapa perlu dihentikan?

    tak larat kira, sedekah je pada yang kurang mampu

    ReplyDelete
  2. wah banyak tuh kalo duit tabung cukup byr insurans keta. Tahniah! Kita serupa.. Mak saya dulu ajar saya nabung dlm botol nescafe hehe.. skrg ada pelbagai jenis tabung. OhYa! awak jgnlah x menabung lg. Bila dah penuh, juz separate kan diut tu 10sen (satu bag) 20 sen(satu bag) 50sen (satu bag) then bawaklah gi bank. Saya biasanya bawak gi tabung haji. Cepat sikit tak ramai org..

    ReplyDelete
  3. kl,
    waalaikumussalam
    malas mengira sebenarnya

    finaz
    tabung haji sini sejam menunggu..

    ReplyDelete
  4. finaz,
    jgn lupa keta ni buruk dah insuran pun rendah

    ReplyDelete
  5. aku pun suka simpan syiling
    tp dah nampak banyak sikit aku tukar dah
    tak tunggu setahun pun

    ReplyDelete
  6. saya suka simpan duit standby ... belum cukup bulan duit pun dah bye bye :-(

    theRose

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan