Friday, November 20, 2009

Hujan


Dah beberapa hari hujan, hujan,hujan dan hujan. Sebagai seorang yang tak menggunakan mesin basuh, keadaan ini agak parah. Rumah ana dah penuh kain. Kiri kanan semua kain. Sekeliling kain. Macam mana ni masih boleh lagi bertahan. Kain yang besar besar je hantar dobi. Tak muat tempat nak jemur dah, rumah ana maklum la kecil je. Ruang sempit. Hanger semua berguna.

Kalau hujan ni tak ada ingat lain, hujan mesti lebih lapar, nak nak kalau hari cuti. Apa lagi yang boleh di makan ni, kalau ada goreng ubi keledek pun sodap.



kalau lapar habis ni

Tapi kalau kat kampung kurang laku sikit. Ubi kayu rebus la lagi best. Ada orang suka makan dengan kelapa parut, ada suka makan dengan sambal ikan bilis, tapi orang Kelantan simple je, makan cicah gula. Teh O secawan. Ahhhh.... nikmatnya Malaysia.

gambar curi.

Ni makan sambil tengok drama Nur kasih sah habis sepinggan. Esok ana plan nak pergi cari ubikayu sikit. Sah dua tiga hari ni hujan lagi.

6 comments:

  1. :),

    mesin basuh saya meragam, takut nak pakai, buat bunyi ngeri.

    saya suka ubi rebus makan dgn sambal tumis ikan kering, aaaaaa, nikmat amat

    lapar *--*

    ReplyDelete
  2. wahh...sedapnya.. laparnya...
    saya pun suka makan dgn gula.. sedap sgt!

    ReplyDelete
  3. ah fat,
    kat hotel ade ke ubi rebus?

    hantu makan,
    tak pernah pun entry u masak ubi rebus.. he he

    finaz,
    wah, u pun suka.

    ReplyDelete
  4. Skrg pun tengah hujan ni.

    Wah ubi rebus dgn sambal tumis tu perghh. Kena ada ikan masin goreng - lagi terangkat. Jgn lupa kopi o panas2 hehehe

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan