Sunday, December 13, 2009

Lupa atau Sengaja?

Seperti biasa kalau ada kelapangan ana akan melepak di kedai kedai buku jalan TAR. Kali ini nak cari buku ala ala insaf sikit. Beberapa kedai buku di sini seperti Minerva,Mukmin atau jalan belakang tu Bajrai, agaknya dah menyampah tengok muka ana asyik datang je, beli satu dua je, belek sejam.

"Cari buku apa?" tanya seorang perempuan yang bertudung labuh.

"Saya cari buku Asas asas fardu Ain" memang teringat dulu pernah baca buku warna hijau tajuk ni, kalau ada yang lain pun tak apa. Sekejab saja perempuan tadi datang bersama beberapa buku mengenai Fardu Ain.

"Kasi saya yang terbaru keluar" malas nak berlama lama.
" Ini lah yang terbaru " perempuan bersuara lembut ala ala perempuan melayu terakhir tu berkata. Dia menunjukkan buku yang berwarna hijau.  Sebiji, ini lah buku yang ana pernah baca masa muda muda dulu.


"Ini bukan buku baru cik, penulis ni dah lama meninggal, tahun 2001.
Perempuan melayu terakhir tadi terdiam. Segera ana menunjukan kepada dia gambar pengarang di belakang. Ini dia buku yang ana cari cari tu. Tulisan Ustaz Sulaiman Endut, arwah dah, ustaz yang selalu keluar tv dulu, ustaz ni juga famous di kursus kursus kahwin kerana ketelusannya berceramah tentang cerita rumahtangga, lama dah buku ni keluar, diulang cetak dan dicetak rompak, agaknya masa ustaz ni meninggal perempuan melayu terakhir ni masih di sekolah rendah. Belum kenal. Setelah angkat dua biji buku dan dapat diskaun rm 3.00, perempuan melayu terakhir tanya lagi.

"Ini nak tulis resit harga selepas diskaun ke harga sebelum?"

" Tulis harga saya bayar". Hairan kenapa perempuan melayu terakhir ini macam mendorong ana menipu resit,
beli buku agama pula tu, sabar saja. Nak claim income tax nanti ni.

Sebenarnya, terdorongnya membeli buku 377 mukasurat ini adalah kerana sekarang kita bakal masuk tahun baru. Maal Hijrah 1431. Kita teruja kononnya tahun baru 2010 bakal muncul, tapi lupa kepada tahun hijrah 1431 akan mendahului. Kalendar atas meja kita pun tak ada bulan bulan Islam ni, ada pun letak di dalam drawer belakang, sebab kita tak guna kalendar bulan bulan Islam.( mengata diri sendiri)

Mari kira bulan bulan:
  • January
  • February
  • March
  • Aprill
  • May
  • June
  • July
  • August
  • September
  • October
  • November
  • December
Wah!..... lajukan, cepat kira...Sekarang mari kira bulan bulan Hijrah pula.....errrrrrrrrr....
Sat ye.... ana tak ingat.......kejab.... buka buku ustaz Sulaiman ni...
  • Muharram
  • Safar
  • Rabi'ul Awwal
  • Rabi'ul Akhir
  • Jamadil Awwal
  • Jamadil Akhir
  • Rejab
  • Sya'ban
  • Ramadan
  • Syawal
  • Zulkaedah
  • Zulhijjah
Bulan yanga paling diingati, Ramadhan dan Syawal....bulan bulan lain....kena bilang jari dulu takut tersalah susun, kalau tak pun terpaksa tanya budak budak tadika,dia orang selalu nasyid lagu bulan bulan ni. Sekarang dah bulan Zulhijjah, bulan akhir, orang orang pergi haji dah ada yang selamat sampai rumah. Tahun Baru Hijrah lagi beberapa hari. Jumaat depan 18 hb, kita dah set cuti, tapi tak ada aktiviti yang berkaitan dengan Maal Hijrah, kita lupa Jumaat depan adalah 1 Muharram.

Kenapa tidak ada azam Awal Muharram? Lupa atau sengaja?

8 comments:

  1. assalammualaikum

    azam tahun baru...? dah ada...

    tapi
    memang benarlah,
    susah nak sebut bulan2 Islam berbanding bulan dalam kalendar Gregory tu, kan..

    ReplyDelete
  2. kl,
    memang susah sebab sebulan sekali pun tak sebut

    ReplyDelete
  3. kita terasa ... memang saya lahir pun x tahu bulan Islamnya. Satu lagi angka Arab pun kadang2 lupa. bila baca Quran, katalah ustaz suruh buka muka surat 97,baru kelamkabut mencari!

    ReplyDelete
  4. betullah..lagu nasyid bulan2 Islam tu mmg byk mbantu utk ingat nama bulan2 tuh.

    Suka sgt Ustaz tu.. Allahyarham selalu senyum jer kan..

    ReplyDelete
  5. al lavendari,
    selamat kembali, ya la huruf 1 hingga 10 pun kita tak hafal

    finaz.
    arwah memang ramai peminat

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..terima kasih..teringin gak nak cari buku tu..dulu..selalu dengar ceramah ustaz tu di tv..

    ReplyDelete
  7. erna,
    waalaikummusalam, ada erna tengok kat kedai buku agama.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...
    saya boleh bekalkan buku ini..
    nak buku ini call saya hamdan
    019-6468249

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan