Monday, December 21, 2009

TV bertukar menjadi radio

Beberapa bulan lepas tv ni dah rosak, gambarnya kejab menjadi kekuningan kejab menjadi kehijauan. Daun tak kisah, asal ada tv sudah. Minggu lepas tv ni menjadi bertambah teruk, gambarnya kejab hilang kejab ada, kemudian gambarnya menjadi pendek, daun sudah syak bulan ni mesti duit atau tv ni yang terbang. Hari ini gambarnya dah tak ada, hanya suara. Wah..... dah kembali ke zaman 70 an...orang dengar radio dari menonton tv. Kena tunggu hujung minggu nak baiki pun. Mengikut pakar crt nya rosak,catrode ray tube, entah apa tu daun tak faham, dekat tube tv tu ada satu senapang eletron, tube ni perlu ditukar, kalau kos nya nak sama dengan tv second hand baik beli baru.

Ini menunjuk kan tv ni dah lama terpasang, kurang kurang 1 juta jam, umur baru 8 tahun, masih muda lagi kan, tapi dah lama berkhidmat. Maklumlah selalunya tv yang tengok daun, kadang kadang tu daun main tekan je, pernah juga orang belakang rumah jengok jengok kepala kenapa bunyi berita tamil, tuannya melayu. Kuat pula tu volume nya. Saja jahat daun tukar berita cina pula, sah jengok balik.

TV bertukar radio hari ni ada juga baiknya, bolehlah daun  membaca beberapa buku yang dah lama beli tapi belum buka ataupun baca blog lebih kerap, tentu banyak cerita menarik, ramai orang baru balik bercuti. Daun hanya bercuti dalam rumah, tak ke mana mana. Tak ada cerita menarik nak up date.

13 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya selalu juga tengok berita tamil, bukan apa nok refresh telinga, asik dengo menda yang sama bahasa melayu..

    ReplyDelete
  2. pantang tv buat hal terutama silap siaran astro - hubby cepat2 suruh uruskan sebab dia nak tengok bola...
    saya tak kisah sangat sebab bukan kaki tengok tv....berbolog lagi best!

    ReplyDelete
  3. lipis,
    he he betul tu

    sonata,
    ya blog lagi best

    ReplyDelete
  4. rasanya kalau nak repair mungkin mahal sbb crt tu boleh tahan harganya. Mungkin lebih baik tukar tv baru aje.

    Skrg radio pun dah ada kat tv. mcm hot fm kalau pagi2.

    ReplyDelete
  5. yb,
    ramai org cakap macam tu,beli baru

    ReplyDelete
  6. nostalgia tv hitam putih...dulu dulu kena ketuk baru ada suara dan gambar

    ReplyDelete
  7. mamai, ya besar kan macam peti gitu

    ah fat,
    kecil pun tak pa asal gambar ok

    ReplyDelete
  8. TV sayep pun macam tue gok..
    biler tengah tengok tv dah nak capai klimaks cerita, tup tup..dier tuko warne jadi cerita biru..err..kaler biru....

    macam hampeh!

    ReplyDelete
  9. hahahha
    tv jadi radio
    radio ada remote plak tu
    canggih
    ekekeke

    ReplyDelete
  10. suka baca blog ni... byk pesanan..

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan