Thursday, December 31, 2009

Mari Mengerjakannya

Dulu masa kecil kecil daun selalu dengar lagu P. Ramlee di radio, lagu Rukun Islam, lagu ini melekat hingga sekarang, daun cuba mencari liriknya dan selepas setengah jam godek godek tak dapat dapat juga. Mari lah kita imbas kembali lagunya di sini, iramanya masih terngiang ngiang di telinga. Untuk memberi impak yang lebih, sila goyang goyangkan dagu ke kiri dan ke kanan, sambil sambil tu mari salin. Tolong tambah yang tertinggal tu....maklumlah daun pakai broadband asyik putus putus.

..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......

Pertama mengucap dua kalimah syahadah
kepada Allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat

..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......

Kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat Allah yang satu
mengenal ia supaya _______
dengan  ______di kalbu

..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......

Ketiga ramadhan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
kepada yang maha Esa

..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......

Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda islam semua bersahabat
Allah akan memberi berkat

..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......

Kelima fardu haji ke Baitullah
rukun islam sudah terjumlah
lima perkara tunai lah sudah
itulah semua perintah Allah.................

Radio sekarang tak ada lagi main kan lagu ni. Lagu ini mengingatkan kita apa yang sepatutnya kita tak lupa. Memandangkan masih ada sehari lagi sebelum tutup tahun 2009, daun melangkah ke pejabat zakat.

Akhir akhir ini juga selalu ada peringatan di tv tentang zakat pendapatan, sila jelaskan sebelum 31hb Disember untuk mendapat rebet income tax tahun 2009. Orang zaman dulu membayar zakat dengan beras, ukur pakai cupak dan gantang, orang sekarang dah tak kenal apa itu cupak dan gantang. Lahir lahir dah kenal kilo dan gram, kati dan tahil dah tak pakai lagi.

Alangkah seronoknya kerana hanya dua minit menunggu, nombor dah panggil, orang tak ramai sangat. Elok bersangka baik, agaknya ramai dah  datang membayar lebih awal, daun yang terlambat, tapi mungkin juga orang tunggu esok, last day.. .....Hanya sehari lagi.

2 comments:

  1. dah lama tak dengar lagu nie especially kat radio

    ReplyDelete
  2. ya mamai, tapi orang lama masih ingat

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan