Thursday, December 10, 2009

Kejam Kah Leha?

Leha, berasal dari kampung, datang bekerja di Kuala Lumpur lebih dari sepuluh tahun lepas. Setelah dua tahun bekerja dan memiliki kereta Leha berkeinginan membeli sebuah rumah, tak kisah walaupun kecil sekangkang kera Leha akan berpuas hati. Leha ke sana sini mencari tempat yang sesuai, banyak taman taman baru telah Leha jajahi,hasratnya untuk mencari rumah murah. Tangga tangga pejabat developer,DBKL dan PKNS semua telah Leha turun naik. Leha tak mampu membeli rumah mahal, Leha hanya layak membeli rumah murah, mengikut syarat PKNS hanya orang yang berpendapatan bawah rm 2,500 dan belum memiliki rumah sahaja boleh membeli rumah kos rendah.

Akhirnya Leha berjaya membeli rumah murah yang berharga rm 42,000, Leha senang hati, tak lama lagi dia akan berpindah rumah baru, walaupun sekangkang kera Leha tetap senyum kerana namanya telah tertera di bil elektrik dan bil air. Sebelum ini Leha pernah mendiami rumah teres, rumah flat dan kondo tapi tak sama seperti rumah sendiri, walaupun rumah sendiri hanya berkeluasan 650 kaki persegi. Bersama kelangkapan yang minima Leha mendiami rumah murah ini selama tiga tahun. Hidup Leha tenang. Tidak lama kemudian seorang kawan telah memujuk Leha supaya membeli rumah berdekatan dengan rumahnya, ruang yang lebih besar, parking tak payah berebut, mempunyai pagar sendiri dan tentunya harga yang lebih mahal.

Setelah berfikir lebih sepuluh kali akhirnya Leha setuju, walaupun Leha sebenarnya tak berapa mampu, Leha mengambil kira jika sakit deman senang, tak payah turun naik tangga, senang orang datang melawat, tu pun kalau ada, tong sampah depan rumah je, Leha bukan apa, masa Leha pernah melalui zaman sakit, makanan, Leha suruh orang beli, sampah pun Leha suruh orang buang, Leha tak mampu jalan. Leha menandatangani S&P di kedai mamak, dalam keadaan yang tak ada duit akhirnya Leha berjaya juga menyelesaikan bayaran muka. Ibarat kais pagi makan pagi begitulah keadaan Leha pada masa tu, kurang dari 2 tahun rumah baru Leha telah siap sepenuhnya. Sekali lagi Leha melalui waktu yang sukar, Leha terpaksa mencari orang untuk menyewa rumah sekarang kerana Leha akan berpindah ke rumah baru. Sepasang suami isteri yang menyara emaknya setuju untuk menyewa rumah Leha,tanpa syarat yang ketat Leha setuju, Leha berpindah rumah baru,tahun pertama Leha selalu melawat rumah lama kerana masih rindu dengan jiran jiran. Masuk tahun kedua dan ketiga Leha jarang sekali ke rumah lama, Leha sibuk dengan jiran jiran yang baru. Hanya telefon sahaja yang jadi penghubung.

Tahun pertama sewanya ok, tetiap bulan dia masuk account, tahun kedua pun ok, masuk tahun ketiga penyewa telah menampakkan belangnya, sewa tenggelam timbul ada dalam account, Leha telah memberi nasihat supaya penyewanya supaya menukar kerja lain yang lebih terjamin, penyewanya mengadu sekarang tak ada overtime, gaji lambat dan banyak alasan lagi. Hampir setahun keadaan macam ni, tapi Leha bersabar, Leha masih boleh cover, memula lewat sebulan, Leha ok, lewat 2 bulan Leha cuma bagi nasihat, lewat 3 bulan, Leha lebih kerap telefon tapi alasan masih sama. Leha tak tahu bila keadaan ini akan berlarutan, akhirnya Leha mengambil keputusan memberi kata dua, terus sewa atau keluar kerana Leha dah tak larat nak cover, budget Leha tetiap bulan lari,Leha pun bukan orang senang cuma cukup cukup makan.

Dalam masa sebulan penyewa menjelaskan semua baki tertunggak, bagaimanapun keadaan ini hanya bertahan sebulan je, penyewa kembali mengumpul sebulan, dua bulan dan sekarang masuk tiga bulan, Leha tiada cara lain, sampai bila Leha ingin memberi ruang, setahun sudah terlalu lama memberi peluang. Akhirnya Leha memberitahu dengan cara yang halus, tahun depan Leha ingin menyewa kepada orang lain. Leha cuba mendapatkan sewa tertunggak selama dua bulan tapi gagal, sampai hari ini Leha masih gagal, tahun depan hanya 20 hari lagi, dengan kata lain Leha akan menunggu sewa tertunggak lagi sebulan. Adilkah bagi Leha? Kejam kah Leha memberi notis keluar?

p/s Ini adalah kisah benar cuma nama ditukar.

10 comments:

  1. rasanya penyewa tuh yg kejam bukan Leha. Byk kali bg chance dah. Semua org punya masalah. Mengambil kesempatan & tidak bertanggungjawab mmg satu tabiat org yg sukar dikikis. So Leha, u better get rid this kind of people.

    ReplyDelete
  2. finaz,
    setuju setuju... tiap benda ada batasnya

    ReplyDelete
  3. itu bukan kejam
    dah bg peluang kan
    dah cakap baik2

    ReplyDelete
  4. salam ziarah,
    saja nak bagi pendapat,berdasarkan pengalaman sama yang dihadapi oleh leha... penyewa begini kadang lebih tak berhati perut dari kita..bayangkan rumah kami hanya disewakan 200 je sebulan tapi tunggakannya mencapai 1000 kerana sifat tolak ansur kita,sampaikan kepala kita pun nak dipijaknya..tindakan akhir kami,kami berikan notis untuk dia keluar dengan alasan makbapak saya nak duduk rumah tu...dia keluar juga akhirnya dan lenyap bersama tunggakannya tu...

    ReplyDelete
  5. notso,
    ya, lehe belum cuba berlaku kejam.

    ah fat,
    bukan senang menghalau orang leha kena fikir 10x

    hai,
    tima kasih singgah sini,leha pun tak nak jadi gitu.

    hantu makan,
    leha cuba nak kejam tapi leha tak sampai hati

    ReplyDelete
  6. penyewa tu akan bayar sewa di akhirat nanti ...

    ReplyDelete
  7. theRose

    lupa nak sign in ...

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan