Thursday, December 3, 2009

Kes Kecurangan

Banyak kes kecurangan yang kita dengar, kes terbaru Tiger Woods, berita tv lewat tengah malam ada menyebut tentang pengakuan Woods mengenai kecuranganya. Ini bukan perkara baru. Pengakuan tentang kecurangan telah banyak kali kita dengar, cuma bila ia melibatkan orang yang popular, kisah ini bertambah besar. David Beckham, Bill Clinton, Jacky Chan dan ramai lagi pernah mengaku curang. Semuanya mengaku bersalah dan meminta maaf kepada keluarga masing masing, mereka hanya manusia biasa dan telah membuat kesilapan.

Di Malaysia, pengakuan Menteri Kesihatan Chua Soi Lek, dia adalah orangnya dalam DVD yang hangat diperkatakan dulu, tidak dapat dimaafkan orang ramai dan memaksa dia meletakkan jawatan. Bagaimanapun berapa ramai orang berani seperti Chua? mengaku bersalah dan berundur. Ramai orang bertanya dan hairan bagaimana seseorang yang mempunyai keluarga yang sempurna,kaya, boleh berlaku curang? Mereka juga sama seperti orang lain.

Mungkin beberapa faktor telah sengaja dan tidak sengaja mendorong mereka membuat salah laku ini seperti:
  • Tidak ada lagi cabaran baru, ...semua sudah sempurna, semua telah tersedia, mereka tidak perlu berfikir banyak perkara di rumah, memaksa mereka mencari sesuatu yang baru untuk dicuba. Mencari excitement kononnya. Tercabar watak mereka sebagai lelaki jika tidak mempunyai tanggungan semasa. Mereka suka thrill.
  • Kurang masa,... betul juga ni.. kalau lebih banyak masa jumpa orang lain lain tetiap hari, banyak perkara kat rumah sendiri dah lupa.
  • Peluang tersedia, ....macam pencuri, memula dia tak ada niat nak mencuri, tetapi ada peluang datang depan mata, tetiba tengok ada orang terlupa kunci pintu kereta, laptop ada di dalam, tak payah lah pecah cermin, angkat je. Sama juga dalam kes ni. Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.
  • Sudah menjadi hobi, ....ada juga orang orang macam ni, bukan sekali dua, berkali kali, maaf memanjang, tetap sama juga perangainya.
Kes ni berlaku di mana mana, kawan kita, jiran kita, keluarga kita, siapa siapa saja. Nama dan tempat je yang lain.

5 comments:

  1. yup, suma facts yg aku setujui, :)

    ReplyDelete
  2. aku rasa peluang datang tu memang tepat

    lelaki memang mudah tergoda

    ReplyDelete
  3. hantu makan,
    ini hari hari berlaku

    ah fat,
    kuatkan iman...he he

    ReplyDelete
  4. tiada lagi cabaran baru atau suka cara itu

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan