Friday, March 26, 2010

Siapa suka menunggu?

Hampir setiap hari pagi pagi lagi telinga daun akan mendengar orang mengutuk ktm, seorang pengguna kenderaan awam di office daun tak jemu jemu mengutuk ktm tetapi setiap hari menggunakan kemudahan awam itu. Kalau lah daun ada kuasa magic dah tentu daun zip mulutnya. Kutuk kutuk pun masih juga menggunakannya setiap hari.

Sebagai seorang yang jarang sekali menggunakan kenderaan awam, baik teksi,bas atau lrt, daun tak dapat nak menyokong rungutannya, penat juga mendengar perkara yang sama setiap hari. Mengapa tidak mengambil altenative lain? Seseorang yang ingin menggunakan kenderaan awam haruslah mempunyai sifat sifat murni seperti:
  • Penyabar. Sabar menunggu, sejam dua jam atau tiga jam jika bas atau lrt lambat datang atau rosak tanpa menyumpah nyumpah.
  • Berdaya tahan. Rela menahan hidung menghidu bermacam macam jenis bau semasa berasak asak di tempat yang sempit.
  • Mengutamakan orang lain. Memberi laluan kepada mereka yang bersungguh sungguh menolak dari belakang.
  • Hormati orang yang tak berupaya. Sanggup memberi tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan.
  • Tertib. Beratur mengikut giliran di pintu masuk.
Jika tiada 5 perkara di atas sila menaiki kenderaan sendiri dan di larang memekakkan telinga orang lain setiap pagi.

5 comments:

  1. saya pernah naik sekali ktm tuk pergi keje.saje nak try pengangkutan awam.masa pergi ok sebab seme wangi² tapi masa balik, azab giler.huhu..

    ReplyDelete
  2. saya dah lama tak gunakan kenderaan awam. Kenderaan awam yang saya guna kadang kadang pun cuma LRT ngan kapal terbang jer..

    itupun merungut gak...
    [alaaa..termengaku plak]

    ReplyDelete
  3. dah lama tak naik kenderaan awam

    ReplyDelete
  4. tak efisyen sebenarnya perkhidmatan kenderaan awam kat M'sia nih..

    Kpd kawan Daun yg merungut tuh: Pasni, ko pergi tarik wakil rakyat yg ko undi arituh.. kalo boleh dgn bos dan bos kpd bos dia sekali dan lagi bagus dgn agung sekali..Suh dorang naik kenderaan awam nih selama sebulan berturut-turut 2 kali setiap hari pada pick hours.. Pastuh konfem ko akan lihat perubahan..

    Kalo tak berubah gak...ko yg kena ubah..ko jgn lagi pangkah parti wakil rakyat tuh..hampeh! understand!

    ReplyDelete
  5. mamai,
    daun pun dah bertahun tak guna kenderaan awam, tak suka menunggu.

    finaz,
    sabo sabo, jangan melenting, hilang cun kalau u marah marah ni... he he

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan