Saturday, November 7, 2009

How to say 'no'

Di dalam entry yang lepas ana ada bercerita tentang guarantor Bank Rakyat. Bagaimana ana menolak harapan seorang kawan. Susah sekali untuk mengatakan 'no'. Bagaimanapun perkataan 'no' itu telah menyelamatkan ana dari terjebak dalam permainan ini. Berapa ramai guarantor yang terpaksa membayar hutang orang lain, sedangkan peminjamnya buat tak kisah atau melarikan diri. Pergi cari kat rumah dah pindah, kahwin pun tak jemput. Ghaib begitu saja.

Berikut adalah kata kata cantas yang boleh melemahkan harapan kawan yang datang untuk minta kita jadi gurantor:

  • aku dah jadi guarantor si A, kau tak nak kenal dia, tengok muka aku pun dia tak berani sekarang, kau nak jadi macam tu?-cakap dengan suara yang kuat walaupun sebenarnya menipu.

  • Aku sangup putus kawan daripada menjadi guarantor kau.-cakap dengan suara yang kuat walaupun menipu

  • Aku memang tak layak jadi guarantor kau,sebab aku sangup hantar kaki pukul kalau kau tak bayar -cakap dengan suara yang kuat walau pun menipu

  • Aku sanggup bayar iklan besar letak tepi jalan minta orang jadi guarantor kau- cakap dengan suara yang kuat walaupun menipu.

Memang gerenti kata kata cantas ini akan melemahkan semangat orang, bagaimanapun kata kata sahaja tak menjadi mesti dengan muka yang garang.


5 comments:

  1. aku sesuai pegang watak tu
    dah semulajadi

    haha

    ReplyDelete
  2. bagus idea tu tapi aku tak boleh buat muka garang pasal nampak kelakar

    ReplyDelete
  3. mak penah kena. kawan yg menghilang 5 taun lepas abes blajar tiba2 call mintak suh jadi penjamin. kosser mak. mak ckp la xleh, mak blacklisted sbb tak bayar loan. wakakkaaa...

    ReplyDelete
  4. mmm..betul gak ye bila ckp kuat sikit biasanya org takut nk dgr.. nak lg best cakap kuat depa mic hehehe.. (yg ni gurau jer)

    anyway TQ info ni menarik sgt!

    ReplyDelete
  5. ah fat,
    ko memang berbakat

    mamai,
    muka ko memang orang tengok mesti
    kesian, tu ramai orang suka ko

    tijah,
    ko bab berlakon semula jadi

    finaz,
    suara kan memainkan peranan,kuat orang pandang kiri kanan,bisik orang tadah telinga

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan