Friday, November 13, 2009

Kesetiaan

Lain orang lain tafsirannya,tentang kesetiaan,yang bukan hanya terhad kepada kasih sayang, tapi banyak lagi melibatkan perkara lain yang tidak kita sedari. Mengapa pemikiran kita terbatas kepada perasaan sahaja, sedangkan di sekeliling kita kebanyakannya berkaitan dengan kesetiaan.

Bulan ini genaplah sebelas tahun umur kereta ana, tidak terlintas sedikit pun niat untuk menukar kereta lain. Warnanya,seatnya,masih sama. Walaupun ramai yang mengutuk,ana buat tak kisah,prinsip ana sangat mudah:

  • Siapa pakai ?

  • Siapa bayar ?

Kenapa perlu pening kepala memikirkan untuk memuaskan hati orang? Sedangkan jawapan kepada dua soalan di atas adalah diri kita sendiri. Berapa ramai orang menyuruh tukar kereta lain,tanpa memberi sedikitpun sumbangan,mereka mengharapkan hati mereka puas, mata mereka senang melihat. Adilkah? Mereka tidak sedar kesetiaan ada disini.

Orang yang lama tak jumpa selalu bertanya nombor telefon ana, "berapa nombor? " " nombor sama dengan dulu... tak pernah tukar." " betul ke?" Mereka curiga atau tidak percaya, mungkin salah satu. Mengapa perlu tukar benda yang tak perlu. Mereka tidak sedar ini juga kesetiaan.

6 comments:

  1. samalah keta saya pun dah 11thn dah. Buat pe nak pening kpala berhutang..lgpun keta tu still berguna kpd kita...

    ReplyDelete
  2. sama jugak kegunaannya kan
    kecuali nak lagak sikit ler
    hehe

    ReplyDelete
  3. epal,
    itu quality yang orang tak nampak

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan