Thursday, November 12, 2009

Nombor ekor

Ana tak tahu pasal nombor ekor, orang selalu sebut 4D, jack pot dan entah apa lagi, ana hanya melopong tak tahu. Bagaimanapun sejak berpindah office dan duduk berdekatan dengan peminat 4D, sedikit sebanyak terdengar perbualan mereka.

" Hello, hari ni cabut, mahu angkat ke?"

" boleh kirim? ini nombor, ini duit"

"kalau kena ni nak angkat motor sebiji"

"8733, eh, itu nombor motor aku tapi terbalik"

"3987. satu hari fikir nombor ni, orang lain yang kena"

Itu adalah antara perbualan kaki nombor, pagi pagi sesampai je office tak ada topik lain, nombor,nombor,nombor. Hanya nombor, agenda lain kurang penting. Beli dan harap akan naik nombor tu. Kaki nombor bukan saja orang bukan islam, muslim pun sama tergila gila nombor. Bulan puasa pun berani pergi beli. Puasa lain kira nombor tetap jalan. Nasihat pun tak ada kesan apa apa.

Hari ini salah seorang daripada mereka dari pagi tersenyum gembira. Nombornya naik. Siap tanya " U mahu makan apa? I mahu belanja, I tahu u mesti tak mau. tapi I mahu tanya juga"
Minta maaf ya duit menang nombor tak payah belanja, terima kasih je. Beberapa tahun dulu ana pernah pergi ke rumah seorang kenalan, dia baru masuk rumah baru. Sedang sedang borak, dengan selamba dia bagitahu, sofa cantik yang ana sedang duduk tu, harga 3k tu, dia orang beli menang nombor. Macam mana tu?

Lamaaaa dulu, masa ana kat Alor Star tunggu bas nak balik KB dalam pukul 8.00 gitu, ana lepak lepak dulu tunggu masa, lepas magrib kedai kedai dah tutup kat Alos Star. Kebetulan dekat stesen bas tu ada kedai toto. Tetiba sebuah kereta berhenti depan kedai toto, heran mana nak pergi pak cik ni, dia pakai baju melayu dan kopiah. Buka pintu keta dengan kain pelikat nya dia menuju ke kedai nombor tengok white board yang ada depan kedai toto, ana tak faham apa, cuma nampak nombor nombor je kat white board tu. Lepas seminit pak cik tu terus belah.

Gila nombor tak kenal siapa.

10 comments:

  1. tak silap dia ada gelaran dia iaitu Tahi Judi yiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. 👉 *Siapa kata main judi tk blih kaya??* Siapa kata tokeh judi sentiasa menang??
      Saya selalu menang dlm berjudi..tetapi tokeh judi tk prnah bankrup krn dia bayar nombor yg saya selalu menang dgn duit dri mrk2 yg sentiasa kalah..

      Ada cara nk menang!!!
      Marilah menang judi nombor bersama saya..

      *Whatsapp shj 013 655 7 445*

      Delete
  2. duit tu panas kata org
    mcm2 bala blh kena

    ReplyDelete
  3. setuju dengan che lah....kaki ekor pantang nampak nombor

    ReplyDelete
  4. finaz,
    mereka hidup dengan nombor

    ah fat,
    elak makan duit ni hitam hati kita

    mamai,
    paling sedih orang pakai kopiah pun beli

    ReplyDelete
  5. 4D tu dipanggil dimensi keempat hehehe

    Pernah juga sorang rakan bangsa asing ajak makan tghari sbb dia menang ekor. Ceit.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan