Sunday, December 6, 2009

Ada Yang tak perlu Masa Kenduri

Hari ni ada satu jemputan kenduri, rasanya malas nak pergi,tapi mengenangkan kawan yang menjemput tak bagus pula kalau tak menunjukkan muka. Kereta antik yang dah berumur 11 tahun ni dengan kelajuan 10 km/sejam ibarat kura kura melalui MRR2 menuju Ampang. Agaknya semua orang nak pergi kenduri ke Ampang ke? jam pula waktu matahari tegak di kepala hari ni. Air cond memang tak terasa, peluh pula yang menitik. Akhirnya sampai juga..Wah... ramainya jemputan..besar dewan Risda ni. Apa apa hal makan dulu nak menunggu semua kekawan yang 'on the way,on the way' entah bila sampainya.

Apa hidangannya?
Biasa la nasi minyak, nasi putih,lauk lauk dan buah buahan, dah siap makan baru nampak.....oooo ada ABC, teh tarik,teh o dan kuih kuih di sudut lain. Layan diri ni..wah besar budget mak cik ni buat kenduri...Alhamdullillah kenyang.

Sekarang sesi berborak dengan kekawan, sesekali jumpa banyak nak diborak. ABC, kuih kuih, teh o teh tarik bukan main laku...Masa ni tetiba ada pula ditayangkan kisah kisah pengantin dari kecil sampai besar di skrin dinding. Malangnya tak da pun orang yang peduli. Dah banyak kali pergi kenduri kawin yang menayangkan kisah kisah gini, ana perhatikan orang tak tengok pun, ada juga di sesetengah kenduri kawin, mc yang menceritakan A sampai Z kisah pertemuan 2 pengantin,latar belakang gitu gini, last, orang tak peduli pun, orang tak dengar pun apa yang mc cakap, orang hanya datang makan, borak, ambil gambar sesikit dah..., balik.

Sesi karaoke bermula pula, ramailah yang menyumbangkan suara yang sumbang, semuanya syok sendiri, apa apa pun saja saja berseronok memang menghiburkan. Terlalu ramai orang, terlalu kenyang makan, apa lagi jom lah kita balik, tidur kat rumah lagi bagus. Sempat juga memejam mata selepas kenyang makan kenduri tadi.

10 comments:

  1. smalam sy pergi kndri kawen, dapat telur puyuh 5 biji hehe.kampung jer. tp yg lg best ader sambal belaca.

    ReplyDelete
  2. terlalu banyak yang tidak di perlukan selain dari tetamu

    ReplyDelete
  3. kenduri kawin ada ABC? wah... bestnya!

    ReplyDelete
  4. notso,
    lebih suka style kampung, lagi best

    mamai,
    edisi bergambar tu ada juga yang over sampai beribu2

    finaz,
    ni edisi orang budget lebih

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, salam ziarah,

    Semua tu membazir aja, yang penting aja buat, makan dan perkenalkan menantu baru, tanda anak dara tuh dah kepunyaan orang...cukup..Yang lain2 tu nanti nampak macam riak plak..

    ReplyDelete
  6. MRR2? mmg tensen lalu situ. tambah2 balik pandan indah. haih...



    .

    ReplyDelete
  7. Salam, Terima Kasih sign in jadi follower auntie. Pasal kenduri kahwin, auntie rasa tak perlu buat hebat2 sebab mcm maner pun mesti ada orang nak kutuk...contoh, bunga telor tak cantiklah, pelamin tak cantik lah, warna baju pengantin tak cantik lah, yang paling hina kalau kutuk makanan yang dihidangkan tak sedap. Emm...itulah manusia!!

    ReplyDelete
  8. auntie,
    eh mana ada auntie den pun dah tuo

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan