Tuesday, December 15, 2009

Dah ready bayar Zakat ? Part 2

Ramai yang keliru, perlukah membayar income tax setelah kita membayar zakat? Patut kah kita dikenakan zakat setelah membayar sejumlah wang untuk income tax. Adilkah? Berikut adalah Q & A yang sedikit sebanyak akan menyelesaikan pening kepala. Kononnya

Q: Perlukah membayar kedua duanya? Mana yang lebih utama,zakat atau income tax?
Ya, kedua duanya sekali, langkah yang paling bijak menunaikan zakat terlebih dulu, baru income tax kerana zakat selalunya kita bayar dihujung tahun dan income tax pula pada bulan March atau April. Lebih jimat lagi kerana di dalam pengiraan zakat, akan mengambil kira pemberian kepada ibubapa, simpanan di tabung haji dan sebagainya. Sila rujuk di sini  untuk mengira zakat. Jumlah yang dikenakan zakat boleh pula kita tolak di dalam pengiraan income tax nanti. Sila simpan resit. Lebih baik membayar zakat banyak dan baki sesikit bayar income tax. Kurang sikit sakit hati.
Q: Berapa kah kadar zakat pendapatan?
Tak banyak, cuma 2.5% setelah tolak perbelanjaaan yang dibenarkan dan melebihi nisab.(kadar nisab berubah setiap tahun) bagi negeri Selangor tahun 2009 ialah rm 7900.00
Q: Dimana harus bayar zakat?
Semua negeri ada pejabat memasing, zakat adalah  di bawah pentadbiran negeri, ada orang yang kerja di KL sanggup balik kampung membayar zakat di Kelantan konon kerana nak membantu  rakyat negeri dulu, orang Terengganu pun ramai yang buat gini. Semangat gitu. Di mana mana pejabat pun boleh bayar, sama seperti kita membayar zakat yang lain.
Q: Saya tak pernah mengeluarkan zakat pendapatan, saya hanya membayar income tax setiap tahun. Bagaimana harus saya mula?

Alhamdullillah, telah dibuka pintu hati untuk berzakat. Boleh bermula dari sekarang, tahun 2009, boleh pergi ke mana mana pejabat zakat dan membayar zakat semasa dan yang tertunggak, ini dipanggil qada zakat. Zakat juga boleh dibayar secara ansuran. Tidak membebankan. Kerajaan Selangor telah mewajibkan zakat pendapatan sejak tahun 2002. Income tax boleh dibayar setelah membayar zakat, kemukakan resit zakat fitrah,zakat pendapatan dan lain lain zakat jika ada semasa mengisi borang income tax. Ini boleh mengurangkan taxable income kita, tentunya jumlah tax yang kena bayar menjadi lebih sikit. Selamat.
Q: Saya telah insaf dan ingin membayar zakat setiap tahun mulai sekarang, apakah dokumen yang perlu saya simpan untuk memudahkan urusan zakat saya?

Hanya perlu simpan rekod belanjawan setiap bulan seperti pemberian kepada ibubapa, jumlah simpanan di dalam tabung haji dan lain lain. Jumlah caruman KWSP dan jumlah bonus boleh didapati daripada borang EA. Itu sahaja.
Q: Apakah kelebihan orang berzakat?
 Allah SWT telah merakamkan penganugerahan kelebihan dan keuntungan kepada hambaNya yang telah membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT melalui al-Quran. Maksud Firman Allah Taala di dalam surah al Baqarah :
"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."        .........Surah al-Baqarah : 261...
Peringatan ini untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang akan menunaikan zakat tahun ini.

4 comments:

tidak lebih dari 50 patah perkataan