Wednesday, December 23, 2009

Kedai Runcit Aceh

Rata rata taman perumahan di KL ni banyak orang Aceh yang berniaga kedai runcit, sini kedai Aceh sana kedai Aceh, orang melayu tak de ke? Orang Aceh ni memang kuat bekerja, kurang bergaya. Kalau tengok rupa sebiji muka melayu, bila cakap sah, ni Aceh. Selalunya kedai runcit ni ada juga barang barang basah, ayam, ikan, daging sayur sayuran dan sebagainya. Tak payah nak ke pasar atau supermarket kalau nak beli sesikit tu. Tumpuan kedai Aceh ni selalu pagi pagi, ramai lah suri suri rumah datang, nak bayar punya la beratur macam supermarket. Second round time orang balik kerja lagi sekali jadi tumpuan. Laku kan kedai dia orang ni.

Beberapa tahun lepas kawan daun dari Aloq Staq yang selalu datang rumah mempunyai orang gaji yang asal dari sana. Tetiap kali datang rumah dia akan bawa orang gajinya sekali. Mana kita tahu dia orang Aceh, kalau kita orang tanya " Indon kat mana?" Dia tak senang, dia jawab "Saya bukan orang Indon, saya orang Aceh. Daun tak faham ini konflik geografi atau politik. Bukan kah Aceh itu di Sumatra?


Pernah juga sekali kami ke rumah saudara orang gaji ni di Cheras, kawan daun ni seorang majikan yang baik, dia layan keperluan kekeluargaan orang gajinya. Kedatangan kami disambut baik,orang Aceh mempunyai semangat ukhwah yang kuat. Ikatan antara mereka  sama seperti orang Kelantan jumpa orang Kelantan. Riuh rendah gitu cakap bahasa mereka. Kita hanya nganga.

Daun ingat saudara dia ni orang gaji juga tapi bukan, seorang taukeh kedai runcit. Apa lagi, semua yang ada di kedai dia angkut ke rumahnya, ayam, ikan, daging, sotong, udang bagai. Kong kang kong kang dia orang masak, tak nak kita orang tolong. Cara mereka hormat tetamu katanya. Sesambil menunggu orang dapur masak kami berborak dengan taukeh kedai tu. Kami dihidangkan dengan teh beserta dengan segala jenis biskut. Kami bayangkan bagaimana pula banyaknya lauk pauk masa makan  nanti. Daun dengan gaya seorang pemberita bertanyakan beberapa soalan kepada taukeh itu, antaranya:
  • Bagaimana golongan minoriti seperti Aceh boleh bersaing hebat dalam perniagaan runcit di KL?
  • Bagaimana mereka membuat pusingan modal sedangkan mereka tidak meminjam dari mana mana bank?
  • Bagaimana saling membantu membina rangkaian kedai runcit tanpa cantas mencantas antara mereka?
  • Bagaimana itu dan ini?           

    Taukeh ini hanya dengan kain pelikat dan berbaju T (selepas solat zohor) menerangkan satu satu dengan penuh semangat dan penuh yakin. Tak pernah pun ambil subjek pengurusan kewangan atau membeli  scientific calculator tapi dia tahu pasal sepak terajang perniagaan dan hidden inflation. Tidak ada kereta mewah cuma van buruk untuk angkat barang dari pasar. Sangat berjimat cermat. Daun ingat kalau dia pakai kot dan tie berucap atas stage tentu orang bayar. Sungguh jauh gap antara dia dengan daun yang hanya pandai baca buku ini. Selepas makan dengan mewahnya dan terima kasih banyak banyak kami pulang dengan soalan, bila lah orang kita nak maju gini?


    22 comments:

    1. suka tengok diorang kan? kampuchea pun sama. jual tudung jer tapi kaya raya. mmg diorang superb dlm money management nih. tak cam org kita berduit sket mula usha prada. oppss..

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikum, Orang melayu kita kalau meniaga nak terus kaya, macam skim cepat kaya, mereka tu berdikit2 berbelas tahun baru boleh macam itu...

      ReplyDelete
    3. tijah,
      memang orang macam ni tak de pikir lain,kerja kerja kerja.

      lipis,
      waalaikumussalam,
      dia org kerja kuat tak da short cut

      ReplyDelete
    4. org kita nak short cut kaya. baru mula bertatih berniaga dah beli keta mewah, pakai brg2 branded. modal ke mana untung pun entah ke mana

      ReplyDelete
    5. mereka belajar susah untuk senang tapi kita belajar senang untuk susah

      ReplyDelete
    6. kenari, ya ramai org berniaga mencampurkan modal sebagai untung

      mamai,
      berniaga bukan untuk semua orang kan

      ReplyDelete
    7. Survival instinct mereka kuat. Kita ni terlalu manja.

      ReplyDelete
    8. yb,
      dia orang tak de pikir pasal nak dengki ke apa pikir kerja je.

      ReplyDelete
    9. kat tmpt aku org acheh gak
      kedai biasa jer
      tp kereta besar wooo

      ReplyDelete
    10. org melayu kita baru untung sikit dah tukar keta
      tukar perabot
      tukar bini
      macam mana nak kaya?
      hahaha

      ReplyDelete
    11. Kerana org kita asyik dengan kejayaan org lain dan susah nak membantu sesama kita...Ini semua mungkin didikan 'sikap' turun temurun...maaf...

      ReplyDelete
    12. Sedikit penjelasan tentang "Dia tak senang, dia jawab "Saya bukan orang Indon, saya orang Aceh""

      Acheh merupakan sebuah negara yg merdeka sebelum Belanda dan indon menjajah mereka. Kita semua tahu bagaimana besarnya Kesultanan Acheh dulu.

      Jadi sebagai rakyat Acheh yg masih sedar tentang status ini, mereka mengaku yg bahwa mereka bukan indon, tapi mereka adalah Acheh.

      Dari segi bahasa dan budaya mereka juga lebih dekat kepada kita orang Malaysia berbanding dengan Jakarta.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Itu 100% benar ,,,,,
        Dulu masa penjajahan belanda ..
        Kalou tak ada Aceh , indon ne dah bisa di abil langsung oleh belanda ,,, nasib baik ada aceh yg tak bisa di jajah oleh belanda,,,
        Indon ini tak tau balas budi ....
        Indon ini buat aceh macam anak tiri ,,,,
        Yg bagi modol buat negara indon ,buat beli pesawat terbang perta x ,masyarat aceh , .....

        Ya terimakasi semua suku melayu,,, salam dari anak aceh

        Delete
    13. Bakal menikah dengan orang acheh jika direstui keluarga.. doakan ya amin

      ReplyDelete
    14. Ya, bagaimana ya mereka boleh survive berniaga perniagaan runcit ni? Bagaimana mereka boleh mendapatkan barang-barang dengan harga yang sangat murah? Saya sebagai seorang peniaga tempatan memang menghadapi cabaran untuk restok barang sebab barang semua kena beli tunai. Adakah mereka mendapat kredit daripada pembekal juga? Pembekal kami semua syarikat cina.

      ReplyDelete
    15. Seluruh semenanjung ada kedai runcit aceh

      ReplyDelete

    tidak lebih dari 50 patah perkataan