Friday, December 4, 2009

Masjid yang dibanggakan?

Membaca kisah yb tentang pembinaan surau di stesen minyak kulit kerang, teringat ana kepada seorang housemate. Dulu,kisah tahun 90-an, pernah housemate ni bertanya satu soalan, yang menyebabkan telinga panas. Soalannya berbunyi:

" Kenapa ya, Kelantan tak ada satu masjid yang boleh dibanggakan?"

Tak tau macam mana nak jawab soalan dia ni, sebab fikiran berkecamuk, samada dia ni patut kena penampar atau kena sebat. Dia lupa agaknya, di antara tanda-tanda kecil telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid. Katanya lagi:

" Ya la, kalau Selangor ada masjid Shah Alamnya, kat Kuantan tu, ada masjid negerinya,masjid Sultan Ahmad yang cantik, kat Terengganu tu ada masjid terapungnya. Kenapa kat Kelantan tak ada pun masjid yang cantik?"

Memang dia ni nak kena lempang. Malas nak berceramah, nanti orang kata nak tunjuk alim. Kalau tak cakap pun salah juga,lalu ana menjawab.

"Memang kat Kelantan tak ada masjid cantik, yang ada, semua masjid lama lama, masjid negeri tu pun dah lama, tahun 1920-an lagi, tak besar mana pun, tu pun dulu kayu sebelum batu. Tapi masjid ni la orang sembahyang selalu penuh, tak payah tunggu hari raya, hari jumaat pun bila orang azan, orang ramai berpusu pusu datang. Melimpah. Pasar tepi masjid tu kosong kejab kalau masuk waktu, semua pergi masjid, Masjid ni tak secantik masjid lain, tapi orang ramai. kalau tak percaya, pergi tengok bila pergi melawat ke Kelantan nanti."






masjid negeri sekarang


masjid negeri dulu di tapak yang sama (1800-an)

Kalau hari jumaat, orang lelaki yang berniaga dekat dekat masjid tu akan tinggalkan kedai sekejab pergi masjid. Ini adalah berdasarkan Firman Allah s. w. t. dalam ayat 9 dan 10 surah Al Jumaah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), Kebesaran Solat Jumaat. Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). "

5 comments:

  1. Apa lagi lah yg diorg ni tak abis2 pasal ngri K'tan. Org nak hidupkan Islam yg sebenarnya pun tak boleh. Tak suka. Masalah hati betullah diorg nih. Kalo nak jahat sgt pun, jgn lah buat jahat dgn org yg cuba menjalankan perintah agama. Tak reti takut AKA tak reti bahasa betul!

    ReplyDelete
  2. finaz,
    sabar je,ramai orang buta hati tentang peranan masjid

    ReplyDelete
  3. kalau ada masjid besar dan mewah dan lagi mahal sampai tak ada jemaah yang sanggup sembahyang nak buat apa biar di tak mewah yang penting jemaahnya melimpah.........ada masjid mahal tapi boleh runtuh buat apa

    ReplyDelete
  4. Pernah saya ter'pergi' ke surau dekat pasar siti khatijah kerana menyangka ianya masjid utk solat jumaat masa mula2 saya ke KB. Tengok org takde kat situ terus balik hotel utk ambik kereta dan pergi masjid negeri tu hehehe

    psst - Daun Bidara org Kelantan ke?

    ReplyDelete
  5. mamai,
    banyak masjid cantik tapi tak ramai
    orang.

    yb,
    tu surau untuk orang orang dekat pasar,
    ..p/s memang sy org kelantan sebab tu orang kutuk.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan