Tuesday, December 8, 2009

Menguji Kesabaran

Hari ni ana ada appointment dengan doktor gigi, sejak klinik ni berpindah ke Megan Avenue 1 tahun lepas, susah nak pergi lagi, kena ambil cuti, jarak dah jauh. Khamis lepas cuti sempat lah melawat klinik ni, mengantikan retainer lama yang dah patah. Tarikh collectnya hari ni jam 1.15 pm, lunch hour sempat la lari sekejab. Ramai juga orang, ada orang jepun, omputih bagai menunggu giliran sama. Dah maju klinik ni berbanding dengan tempat lama dulu. Hari Sabtu lepas klinik ni ada sms, kononnya remind appointment hari ni. Bagus, tak lupa pun sebab dah bayar tiga suku.

Sampai je kat kaunter, dia orang dah prepare kad, "ye, sila bayar dulu, baru jumpa doktor." Amboi, bayar dulu.. Bila dipanggil je masuk bilik rawatan, tengok doktor lain pula bukan doktor hari khamis hari tu, doktor seperti biasa guna ayat manis, apa khabar? Lama tak datang. Kenapa patah?, datang sini dekat saja naik lrt senang dll ayat manis. "Ok hari ni nak buat apa?" " Saya nak ambil retainer baru, " ok... mana retainernya? tanya doktor pada pembantunya.... time tu la assistantnya tu kelam kabut buka drawer tu, drawer ni, pergi bilik sini, bilik sana. " u tunggu sekejab ye, dia orang cari" , Sepuluh minit cari tak jumpa juga. Dah kul 1.30 kena balik office ni.

Apa jadi? " Minta maaf ye, kotaknya saja ada retainernya tak ada, masih kat lab. Nanti dia orang hantar, u boleh tunggu ke? Kami minta maaf ini memang kesilapan.!!!!!!!!!!!!!,staff bahagian admin datang menerangkan dengan penuh sopan santun. Kemudian doktor keluar sekejab entah bincang apa dengan staffnya dengan nada yang kecewa.

Boleh ke terima alasan ni?... Entah kenapa perasaan amarah ana tidak meruap ruap naik, agaknya umur bakal meningkat lagi ni, rasa sabar makin tebal. Doktor masuk balik minta ana bersabar dengan kesilapan mereka, " tapi doktor, dua hari lepas klinik dah remind saya appointment hari ni, sepatutnya dah siap dan saya dah bayar."

" Saya faham, saya akan tengok macam mana ini boleh berlaku, kita akan suruh office boy hantar ke office u atau u nak tunggu sini hari ni.? Tunggu?, memang pantang ana tunggu sesuatu yang belum pasti. " Tak boleh, saya kena balik office sekarang, tak payah hantar, nanti kalau tak betul saya kena datang balik sini balik"

Ana terus bangun dan keluar, staff admin tu mengiringi sampai kaunter, staff admin tu terus cakap entah apa apa lagi. Masa tu rasa nak lempang je nyonya ni, tapi mengenangkan ramai orang menunggu diluar, sabar je. Akhirnya ana hanya lunch roti high 5 perasa epal yang berharga 70 sen hari ni sebab tak sempat dah bila sampai office.

Menguyah roti yang tak sedap ini sambil minum teh 0 sesambil menaip entry ini dapat juga mengurangkan rasa tak puas hati. Entah kenapa ya, rasa baran semakin kurang semenjak semakin tua ni,tapi ada baiknya juga. Sabar itu separuh daripada iman, ........memang susah nak menghayati ayat ni.

7 comments:

  1. sungguh tebal kesabaran kamu tu...mungkin bkukan aku dalam situasi yang begitu

    ReplyDelete
  2. kita dah semakin tua tak larat nak marah2 lagi.

    ReplyDelete
  3. Betul kot, bila dah tua kita menjadi penyabar. Sabar itu sebahagian daripada iman.

    ReplyDelete
  4. ah fat,
    begitu lah bila umur dah lebih

    pok li,
    betul tu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Kalau marah pun retainer tu tak buleh siap juga, lebih baik cool aja..dapat juga menghayati ' sabar itu separuh dari iman '

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan