Thursday, December 31, 2009
Mari Mengerjakannya
..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......
Pertama mengucap dua kalimah syahadah
kepada Allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat
..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......
Kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat Allah yang satu
mengenal ia supaya _______
dengan ______di kalbu
..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......
Ketiga ramadhan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
kepada yang maha Esa
..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......
Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda islam semua bersahabat
Allah akan memberi berkat
..Rukun islam lima perkara.... marilah kita mengerjakannya......
Kelima fardu haji ke Baitullah
rukun islam sudah terjumlah
lima perkara tunai lah sudah
itulah semua perintah Allah.................
Radio sekarang tak ada lagi main kan lagu ni. Lagu ini mengingatkan kita apa yang sepatutnya kita tak lupa. Memandangkan masih ada sehari lagi sebelum tutup tahun 2009, daun melangkah ke pejabat zakat.
Akhir akhir ini juga selalu ada peringatan di tv tentang zakat pendapatan, sila jelaskan sebelum 31hb Disember untuk mendapat rebet income tax tahun 2009. Orang zaman dulu membayar zakat dengan beras, ukur pakai cupak dan gantang, orang sekarang dah tak kenal apa itu cupak dan gantang. Lahir lahir dah kenal kilo dan gram, kati dan tahil dah tak pakai lagi.
Alangkah seronoknya kerana hanya dua minit menunggu, nombor dah panggil, orang tak ramai sangat. Elok bersangka baik, agaknya ramai dah datang membayar lebih awal, daun yang terlambat, tapi mungkin juga orang tunggu esok, last day.. .....Hanya sehari lagi.
Tuesday, December 29, 2009
Patut kah tunggu ?
Orang kata JPJ lagi cepat dari pejabat pos, kononnya. Maka bila sampai, Q nya panjang, ada la 55 orang lagi beratur depan nombor daun. Ini tak boleh jadi , turun tangga pergi pejabat pos balik di seberang jalan. Tengok angka giliran ada 7 orang je lagi orang beratur di depan. Memang hangus rm 2.00 tapi lagi cepat. kalau tunggu di JPJ tadi mahu baru jalan 15 nombor.
Daun nampak dekat Tabung Haji punya la ramai orang sampai tak muat. Kenapa la Tabung Haji ni sewa office kecil saja kat sini. Ini sah nak tunggu sejam atau sejam setengah baru panggil nombor. Buku pula tak bawa ingat nak update untuk akhir tahun.
Hari ini daun ke Tabung Haji HQ, nak up date mesti datang sini, kalau setakat nak masuk duit baik maybank2u lagi cepat tapi kena rm 1.50 per transaction, Setiap akhir bulan 12 up date buku untuk bayar zakat, jumlah bukan banyak mana pun, semangat je lebih, saja nak tengok nombor berapa orang Q, tekan nombor giliran. Tu dia..........
No. Anda: 2439
No. Sekarang: 2324
Sila duduk anda akan dilayan sebentar lagi.
115 orang tu tengah tunggu.... baik balik, nasib baik up date tak payah ambil nombor. Hairan kenapa dia orang tak buka banyak lagi kaunter..?
Monday, December 28, 2009
Bonus oh Bonus
Friday, December 25, 2009
Betul ke Gemuk ?
Itu adalah antara dialog yang selalu kita dengar. Dialog yang membuatkan daun menyampah, rasa nak lempang je, dialog yang selalu hanya di bibir tapi tak masuk dalam hati dan hajat mereka. Betul ke gemuk? Berapakah ukuran gemuk bagi seseorang? Mereka sendiri tidak mempunyai jawapan. Hanya sekadar cakap. Tidak mempunyai maksud.
Selalunya gemuk disebabkan pelbagai faktor, tentunya ia bukan penyakit tetapi boleh mengundang pelbagai penyakit. Kita selalu mengira mengikut BMI untuk mengetahui tahap kegemukan. Kalau dah lebih dari 30 tu memang berada tahap bahaya. Itu sah memang gemuk. Kalau setakat terlebih berat sikit tu,perut buncit, tak payahlah mengaku gemuk. Lagipun kita semakin tua ni semakin buncit perutnya. Badanpun semakin bongkok, tambah tambah perempuan. Memang sifatnya begitu, secara semula jadi. Apa nak dikepohkan, daun pun begitu, ini tanda tanda umur meningkat!
Mari kita tengok apakah faktor yang boleh dielak dan tak boleh dielak gemuk ni, ramai sangat orang risau, tetapi tidak mengambil tindakan untuk tidak risau, antaranya ialah:
- Keturunan -Ini tak boleh cakap apa, kalau memang asal semuanya besar besar belaka.
- Gaya hidup Tak Sihat-Rasanya la minggu ni ada ke sekali bersenam? ke dua kali atau tak ade langsung?
- Cara pemakanan- Minggu lepas KFC, semalam pizza, esok Burger KING kot.
- Hormon Yang Tak Seimbang- Ini memang susah nak kawal, diet macam mana pun selagi hormon tak dibetulkan dulu,parah.
- Tergegar Emosi- kononnya stress, jadi kena makan banyak.
- Pengambilan ubat ubatan- Ini termasuk lah pil perancang dan macam macam ubat lah.
- Persekitaran- Ini chef ke, jalan jalan cari makan ke atau siapa siapa yang kerja dia makaannn,makannnn, makannnnn.
Lebih kurang seminggu di ward, akhirnya dia sedar dari khayalannya. "Kenapa sampai hati dia orang hantar aku ke sini? Ward apa ni? Itu soalan pertama dia bila dah sihat. Dia telefon daun, "eh, kau datang hospital ye, aku tak nampak kau, aku nampak baju je merah, muka samar samar.." Begitu lah penangan ubat kurus, boleh membawa kesan buruk. Tak payah lah rasa down kalau orang kata gemuk. Kita sendiri pun tak payah lah pandai pandai, badan tak gemuk cakap gemuk.
Wednesday, December 23, 2009
Kedai Runcit Aceh
- Bagaimana golongan minoriti seperti Aceh boleh bersaing hebat dalam perniagaan runcit di KL?
- Bagaimana mereka membuat pusingan modal sedangkan mereka tidak meminjam dari mana mana bank?
- Bagaimana saling membantu membina rangkaian kedai runcit tanpa cantas mencantas antara mereka?
- Bagaimana itu dan ini?
Monday, December 21, 2009
TV bertukar menjadi radio
Ini menunjuk kan tv ni dah lama terpasang, kurang kurang 1 juta jam, umur baru 8 tahun, masih muda lagi kan, tapi dah lama berkhidmat. Maklumlah selalunya tv yang tengok daun, kadang kadang tu daun main tekan je, pernah juga orang belakang rumah jengok jengok kepala kenapa bunyi berita tamil, tuannya melayu. Kuat pula tu volume nya. Saja jahat daun tukar berita cina pula, sah jengok balik.
TV bertukar radio hari ni ada juga baiknya, bolehlah daun membaca beberapa buku yang dah lama beli tapi belum buka ataupun baca blog lebih kerap, tentu banyak cerita menarik, ramai orang baru balik bercuti. Daun hanya bercuti dalam rumah, tak ke mana mana. Tak ada cerita menarik nak up date.
Sunday, December 20, 2009
Buka buku baru ?
Hari jumaat lepas ada orang dari waktu asar sudah bersedia, mencari mana dia doa tahun lepas, simpan di mana? Masing masing membaca doa akhir dan awal tahun. Daun hanya sempat membaca doa awal tahun. Daun sampai rumah sesudah azan maghrib. Ada juga orang masih leka, leka di pasar malam, leka menonton bola, leka di depan tv. Ada juga orang masih tidak tahu tahun baru telah datang, kita buka buku baru. Kita berdoa semoga buku lama kita diampunkan dosa dosa di dalamnya.
Tiga hari, jangkawaktu yang sesuai untuk menilai, dimana daun di tahun baru? Semakin bertambahkah imannya? Semakin sempurnakah wudhuknya? Semakin khusukkah solatnya? Semakin tepatkah tajwidnya? Semakin banyakkah doanya? Semakin ikhlaskah amalnya? Semakin bersihkah hatinya? Semakin menimbunkah pahalanya? Semakin susutkah dosanya?
Daun,
Tidak ada makna maal hijrah sekadar ucap dan harapan. Hijrah datang hanya dengan perbuatan dan kepercayaan. Lihatlah rukun islam, lihatlah rukun iman, bukankah itu perbuatan dan kepercayaan? Lakukan perubahan dan percayalah Tuhan bersama sama orang yang ingin berhijrah.
p/s peringatan untuk diri sendiri.
Wednesday, December 16, 2009
Blogger bertemu Blogger
Ramai juga blogger berjumpa blogger, tapi setakat ini ana belum ada kekuatan untuk berjumpa sesiapa. Apabila berjumpa mesti ada kisah suka dan duka akan dikongsi selepas itu. Ana hanya membaca sahaja kisah kisah mereka, yang baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan. Setiap hari ana ternanti nanti entry blogger yang ana minati. Ada beberapa orang blogger yang teringin ana jumpa tapi ana
- Mamai adalah blogger pertama yang menjadi follower ana. Kesudian mamai amat dihargai, seorang bapa,suami dan kekasih contoh. Ana telah membaca kesemua entry mamai, siapa yang tak tersentuh membaca kisah percintaan mamai yang tragis, yang boleh mencairkan besi, melembutkan hati, ramai blogger tertanya tanya masih ada kah lagi lelaki seperti mamai di zaman bio teknologi ini ? Puisi puisi puitis mamai selalu menarik hati, malangnya ana tak mengerti, ana buta seni.
- Tijah blogger yang hebat dengan masakannya, semua entry tijah juga sudah dibaca, ada orang bertanya kenapa follow tijah? ana bukan jenis pandai memasak. Berapa ramai blog perihal masakan di sini tetapi rating tijah tinggi, tijah bukan sahaja menonjolkan masakan. Blog tijah cukup perasa, semua ada, rasa lucu, gembira, sedih, marah, lapar, dahaga, susah hati, insaf, kecewa, geli, melenting, darah tinggi, dan macam macam lagi. Kalau 3 hari tijah balik Penang orang menanti nanti. Bila nak up date ni?
- YB, seorang yang merendah diri, yb yang selalu sibuk tetapi sentiasa meluangkan masa untuk family. Jalan jalan makan makan. Yb bercerita dan membalas komen sepenuh hati. Kita membaca pun puas hati. Pernah juga yb ingin mengundur diri dari blogging kerana kesempitan masa tapi ramai peminat menghalang. Sunyi tanpa celoteh yb, akhirnya yb akur, terima kasih yb. Cuma kalau jumpa ingin juga tanya yb,kenapa syarikat kulit kerang mesti bayar di dalam? susah ni yb.
- Finaz ,ini pakar it, memang tak lokek berkongsi idea. Bekerja dari rumah, best kan. Pagi pagi selepas subuh dah mengadap pc. Rezeki banyak mari, banyak projek nak disiap tetiap hari, berniaga online. Kalau finaz cakap Perancis, ana hanya nganga sendiri. Banyak ilmu dalam blog ini. sesapa pun boleh ke sini.
Tuesday, December 15, 2009
Dah ready bayar Zakat ? Part 2
Q: Perlukah membayar kedua duanya? Mana yang lebih utama,zakat atau income tax?
Ya, kedua duanya sekali, langkah yang paling bijak menunaikan zakat terlebih dulu, baru income tax kerana zakat selalunya kita bayar dihujung tahun dan income tax pula pada bulan March atau April. Lebih jimat lagi kerana di dalam pengiraan zakat, akan mengambil kira pemberian kepada ibubapa, simpanan di tabung haji dan sebagainya. Sila rujuk di sini untuk mengira zakat. Jumlah yang dikenakan zakat boleh pula kita tolak di dalam pengiraan income tax nanti. Sila simpan resit. Lebih baik membayar zakat banyak dan baki sesikit bayar income tax. Kurang sikit sakit hati.Q: Berapa kah kadar zakat pendapatan?
Tak banyak, cuma 2.5% setelah tolak perbelanjaaan yang dibenarkan dan melebihi nisab.(kadar nisab berubah setiap tahun) bagi negeri Selangor tahun 2009 ialah rm 7900.00Q: Dimana harus bayar zakat?
Semua negeri ada pejabat memasing, zakat adalah di bawah pentadbiran negeri, ada orang yang kerja di KL sanggup balik kampung membayar zakat di KelantanQ: Saya tak pernah mengeluarkan zakat pendapatan, saya hanya membayar income tax setiap tahun. Bagaimana harus saya mula?kononkerana nak membantu rakyat negeri dulu, orang Terengganu pun ramai yang buat gini. Semangat gitu. Di mana mana pejabat pun boleh bayar, sama seperti kita membayar zakat yang lain.
Alhamdullillah, telah dibuka pintu hati untuk berzakat. Boleh bermula dari sekarang, tahun 2009, boleh pergi ke mana mana pejabat zakat dan membayar zakat semasa dan yang tertunggak, ini dipanggil qada zakat. Zakat juga boleh dibayar secara ansuran. Tidak membebankan. Kerajaan Selangor telah mewajibkan zakat pendapatan sejak tahun 2002. Income tax boleh dibayar setelah membayar zakat, kemukakan resit zakat fitrah,zakat pendapatan dan lain lain zakat jika ada semasa mengisi borang income tax. Ini boleh mengurangkan taxable income kita, tentunya jumlah tax yang kena bayar menjadi lebih sikit. Selamat.Q: Saya telah insaf dan ingin membayar zakat setiap tahun mulai sekarang, apakah dokumen yang perlu saya simpan untuk memudahkan urusan zakat saya?
Hanya perlu simpan rekod belanjawan setiap bulan seperti pemberian kepada ibubapa, jumlah simpanan di dalam tabung haji dan lain lain. Jumlah caruman KWSP dan jumlah bonus boleh didapati daripada borang EA. Itu sahaja.Q: Apakah kelebihan orang berzakat?
Allah SWT telah merakamkan penganugerahan kelebihan dan keuntungan kepada hambaNya yang telah membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT melalui al-Quran. Maksud Firman Allah Taala di dalam surah al Baqarah :
"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." .........Surah al-Baqarah : 261...Peringatan ini untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang akan menunaikan zakat tahun ini.
Monday, December 14, 2009
Dah ready bayar zakat?
"Ada ke bonus?"
Bagi company yang contractual bonus, 2 bulan contohnya, bolehlah angan angan, hujung bulan ni ada extra 2 bulan, boleh beli kelengkapan anak sekolah, tukar sport rim, bayar hutang kredit kad dan sebagainya. Belum pun duit masuk dalam akaun, budgetnya dah tersenarai. Gerenti 1 hb dah habis. Itu lah kebiasaannya, kalau tanya pada 2 hb, jawabnya "eh, bonus dah habis la."
Satu perkara yang kita lupa atau buat buat lupa menjelang akhir tahun ini ialah membayar zakat. Zakat pendapatan, zakat fitrah dah lepas. Kalau membayar zakat sudah termasuk dalam senarai kita, bermakna kita tidak lupa kerana syarat-syarat wajib zakat ialah:
- ISLAM
- MERDEKA
- SEMPURNA MILIK
- HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
- CUKUP NISAB
- CUKUP HAUL
Zaman sekarang dah senang, boleh kira sendiri dulu sebelum ke pejabat zakat, bawa duit je siap siap. Boleh prepare sebelum gaji hujung bulan ni. Klik sini untuk kira.
Sunday, December 13, 2009
Lupa atau Sengaja?
Sebenarnya, terdorongnya membeli buku 377 mukasurat ini adalah kerana sekarang kita bakal masuk tahun baru. Maal Hijrah 1431. Kita teruja
Mari kira bulan bulan:
- January
- February
- March
- Aprill
- May
- June
- July
- August
- September
- October
- November
- December
Sat ye.... ana tak ingat.......kejab.... buka buku ustaz Sulaiman ni...
- Muharram
- Safar
- Rabi'ul Awwal
- Rabi'ul Akhir
- Jamadil Awwal
- Jamadil Akhir
- Rejab
- Sya'ban
- Ramadan
- Syawal
- Zulkaedah
- Zulhijjah
Kenapa tidak ada azam Awal Muharram? Lupa atau sengaja?
Thursday, December 10, 2009
Kejam Kah Leha?
Akhirnya Leha berjaya membeli rumah murah yang berharga rm 42,000, Leha senang hati, tak lama lagi dia akan berpindah rumah baru, walaupun sekangkang kera Leha tetap senyum kerana namanya telah tertera di bil elektrik dan bil air. Sebelum ini Leha pernah mendiami rumah teres, rumah flat dan kondo tapi tak sama seperti rumah sendiri, walaupun rumah sendiri hanya berkeluasan 650 kaki persegi. Bersama kelangkapan yang minima Leha mendiami rumah murah ini selama tiga tahun. Hidup Leha tenang. Tidak lama kemudian seorang kawan telah memujuk Leha supaya membeli rumah berdekatan dengan rumahnya, ruang yang lebih besar, parking tak payah berebut, mempunyai pagar sendiri dan tentunya harga yang lebih mahal.
Setelah berfikir lebih sepuluh kali akhirnya Leha setuju, walaupun Leha sebenarnya tak berapa mampu, Leha mengambil kira jika sakit deman senang, tak payah turun naik tangga, senang orang datang melawat, tu pun kalau ada, tong sampah depan rumah je, Leha bukan apa, masa Leha pernah melalui zaman sakit, makanan, Leha suruh orang beli, sampah pun Leha suruh orang buang, Leha tak mampu jalan. Leha menandatangani S&P di kedai mamak, dalam keadaan yang tak ada duit akhirnya Leha berjaya juga menyelesaikan bayaran muka. Ibarat kais pagi makan pagi begitulah keadaan Leha pada masa tu, kurang dari 2 tahun rumah baru Leha telah siap sepenuhnya. Sekali lagi Leha melalui waktu yang sukar, Leha terpaksa mencari orang untuk menyewa rumah sekarang kerana Leha akan berpindah ke rumah baru. Sepasang suami isteri yang menyara emaknya setuju untuk menyewa rumah Leha,tanpa syarat yang ketat Leha setuju, Leha berpindah rumah baru,tahun pertama Leha selalu melawat rumah lama kerana masih rindu dengan jiran jiran. Masuk tahun kedua dan ketiga Leha jarang sekali ke rumah lama, Leha sibuk dengan jiran jiran yang baru. Hanya telefon sahaja yang jadi penghubung.
Tuesday, December 8, 2009
Menguji Kesabaran
Sampai je kat kaunter, dia orang dah prepare kad, "ye, sila bayar dulu, baru jumpa doktor." Amboi, bayar dulu.. Bila dipanggil je masuk bilik rawatan, tengok doktor lain pula bukan doktor hari khamis hari tu, doktor seperti biasa guna ayat manis, apa khabar? Lama tak datang. Kenapa patah?, datang sini dekat saja naik lrt senang dll ayat manis. "Ok hari ni nak buat apa?" " Saya nak ambil retainer baru, " ok... mana retainernya? tanya doktor pada pembantunya.... time tu la assistantnya tu kelam kabut buka drawer tu, drawer ni, pergi bilik sini, bilik sana. " u tunggu sekejab ye, dia orang cari" , Sepuluh minit cari tak jumpa juga. Dah kul 1.30 kena balik office ni.
Apa jadi? " Minta maaf ye, kotaknya saja ada retainernya tak ada, masih kat lab. Nanti dia orang hantar, u boleh tunggu ke? Kami minta maaf ini memang kesilapan.!!!!!!!!!!!!!,staff bahagian admin datang menerangkan dengan penuh sopan santun. Kemudian doktor keluar sekejab entah bincang apa dengan staffnya dengan nada yang kecewa.
Boleh ke terima alasan ni?... Entah kenapa perasaan amarah ana tidak meruap ruap naik, agaknya umur bakal meningkat lagi ni, rasa sabar makin tebal. Doktor masuk balik minta ana bersabar dengan kesilapan mereka, " tapi doktor, dua hari lepas klinik dah remind saya appointment hari ni, sepatutnya dah siap dan saya dah bayar."
" Saya faham, saya akan tengok macam mana ini boleh berlaku, kita akan suruh office boy hantar ke office u atau u nak tunggu sini hari ni.? Tunggu?, memang pantang ana tunggu sesuatu yang belum pasti. " Tak boleh, saya kena balik office sekarang, tak payah hantar, nanti kalau tak betul saya kena datang balik sini balik"
Ana terus bangun dan keluar, staff admin tu mengiringi sampai kaunter, staff admin tu terus cakap entah apa apa lagi. Masa tu rasa nak lempang je nyonya ni, tapi mengenangkan ramai orang menunggu diluar, sabar je. Akhirnya ana hanya lunch roti high 5 perasa epal yang berharga 70 sen hari ni sebab tak sempat dah bila sampai office.
Menguyah roti yang tak sedap ini sambil minum teh 0 sesambil menaip entry ini dapat juga mengurangkan rasa tak puas hati. Entah kenapa ya, rasa baran semakin kurang semenjak semakin tua ni,tapi ada baiknya juga. Sabar itu separuh daripada iman, ........memang susah nak menghayati ayat ni.
Monday, December 7, 2009
Dah nak habis tahun
Ada beberapa tanda yang menunjukkan tahun baru akan menjelang tiba:
- Diary dah melambak kat kedai, jangan cuba cuba nak beli kalau setakat nak tulis 3 mukasurat je.
- Agent insuran selalu mengacau konon nak bagi planner free, diary free, calendar free dan sebagainya, mereka tengah mengejar sales hujung tahun.
- Semua kedai dah menjual baju dan kasut sekolah,orang bujang tak payah la pergi menyibuk menambakkan sesak ruang je.
- Jalanraya sebulan lenggang, ini lah masa nak keluar rumah lambat sikit.
- Ramai orang bercakap pasal bonus, bonus dan bonus, ada ke bonus?
- Azam tahun baru muncul lagi, azam tahun tahun sebelum tak pernah tercapai pun.
- Umur akan berTAMBAH, tak nak mengaku lagi, tunggu tahun depan.
Sekian lapuran menjelang hujung tahun.
Sunday, December 6, 2009
Ada Yang tak perlu Masa Kenduri
Apa hidangannya?
Biasa la nasi minyak, nasi putih,lauk lauk dan buah buahan, dah siap makan baru nampak.....oooo ada ABC, teh tarik,teh o dan kuih kuih di sudut lain. Layan diri ni..wah besar budget mak cik ni buat kenduri...Alhamdullillah kenyang.
Sekarang sesi berborak dengan kekawan, sesekali jumpa banyak nak diborak. ABC, kuih kuih, teh o teh tarik bukan main laku...Masa ni tetiba ada pula ditayangkan kisah kisah pengantin dari kecil sampai besar di skrin dinding. Malangnya tak da pun orang yang peduli. Dah banyak kali pergi kenduri kawin yang menayangkan kisah kisah gini, ana perhatikan orang tak tengok pun, ada juga di sesetengah kenduri kawin, mc yang menceritakan A sampai Z kisah pertemuan 2 pengantin,latar belakang gitu gini, last, orang tak peduli pun, orang tak dengar pun apa yang mc cakap, orang hanya datang makan, borak, ambil gambar sesikit dah..., balik.
Sesi karaoke bermula pula, ramailah yang menyumbangkan suara yang sumbang, semuanya syok sendiri, apa apa pun saja saja berseronok memang menghiburkan. Terlalu ramai orang, terlalu kenyang makan, apa lagi jom lah kita balik, tidur kat rumah lagi bagus. Sempat juga memejam mata selepas kenyang makan kenduri tadi.
Friday, December 4, 2009
Masjid yang dibanggakan?
" Kenapa ya, Kelantan tak ada satu masjid yang boleh dibanggakan?"
Tak tau macam mana nak jawab soalan dia ni, sebab fikiran berkecamuk, samada dia ni patut kena penampar atau kena sebat. Dia lupa agaknya, di antara tanda-tanda kecil telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid. Katanya lagi:
" Ya la, kalau Selangor ada masjid Shah Alamnya, kat Kuantan tu, ada masjid negerinya,masjid Sultan Ahmad yang cantik, kat Terengganu tu ada masjid terapungnya. Kenapa kat Kelantan tak ada pun masjid yang cantik?"
Memang dia ni nak kena lempang. Malas nak berceramah, nanti orang kata nak tunjuk alim. Kalau tak cakap pun salah juga,lalu ana menjawab.
"Memang kat Kelantan tak ada masjid cantik, yang ada, semua masjid lama lama, masjid negeri tu pun dah lama, tahun 1920-an lagi, tak besar mana pun, tu pun dulu kayu sebelum batu. Tapi masjid ni la orang sembahyang selalu penuh, tak payah tunggu hari raya, hari jumaat pun bila orang azan, orang ramai berpusu pusu datang. Melimpah. Pasar tepi masjid tu kosong kejab kalau masuk waktu, semua pergi masjid, Masjid ni tak secantik masjid lain, tapi orang ramai. kalau tak percaya, pergi tengok bila pergi melawat ke Kelantan nanti."


masjid negeri dulu di tapak yang sama (1800-an)
Kalau hari jumaat, orang lelaki yang berniaga dekat dekat masjid tu akan tinggalkan kedai sekejab pergi masjid. Ini adalah berdasarkan Firman Allah s. w. t. dalam ayat 9 dan 10 surah Al Jumaah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), Kebesaran Solat Jumaat. Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). "
Thursday, December 3, 2009
Kes Kecurangan
Di Malaysia, pengakuan Menteri Kesihatan Chua Soi Lek, dia adalah orangnya dalam DVD yang hangat diperkatakan dulu, tidak dapat dimaafkan orang ramai dan memaksa dia meletakkan jawatan. Bagaimanapun berapa ramai orang berani seperti Chua? mengaku bersalah dan berundur. Ramai orang bertanya dan hairan bagaimana seseorang yang mempunyai keluarga yang sempurna,kaya, boleh berlaku curang? Mereka juga sama seperti orang lain.
Mungkin beberapa faktor telah sengaja dan tidak sengaja mendorong mereka membuat salah laku ini seperti:
- Tidak ada lagi cabaran baru, ...semua sudah sempurna, semua telah tersedia, mereka tidak perlu berfikir banyak perkara di rumah, memaksa mereka mencari sesuatu yang baru untuk dicuba. Mencari excitement kononnya. Tercabar watak mereka sebagai lelaki jika tidak mempunyai tanggungan semasa. Mereka suka thrill.
- Kurang masa,... betul juga ni.. kalau lebih banyak masa jumpa orang lain lain tetiap hari, banyak perkara kat rumah sendiri dah lupa.
- Peluang tersedia, ....macam pencuri, memula dia tak ada niat nak mencuri, tetapi ada peluang datang depan mata, tetiba tengok ada orang terlupa kunci pintu kereta, laptop ada di dalam, tak payah lah pecah cermin, angkat je. Sama juga dalam kes ni. Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.
- Sudah menjadi hobi, ....ada juga orang orang macam ni, bukan sekali dua, berkali kali, maaf memanjang, tetap sama juga perangainya.
Sunday, November 29, 2009
Makan Organ Dalam
Makan memang dia jaga betul, kurang makan yang berdaging, banyak makan sayur dan buah-buahan. Kalau makan daging semua lemak-lemah dibuangnya. Tak kira ayam ke lembu. Kulit ayam pula semua dibuang sebelum dimasak. Organ-organ dalam langsung tak disentuhnya. Anak anak pun diajar begitu.
Makanan segera paling dielakkan, dia jarang makan diluar. Wah... mendengar cerita speaker tu...ana terus bersemangat untuk ikut jejak langkahnya. Lagipun maggi memang ana tak suka dari dulu, tak payah la offer. Bab organ dalam ni pula, banyak kalau nak disenaraikan. Boleh ke kalau nak skip semua?
- Hati
- Jantung
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Buah pinggang
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan.
Banyak tu,
... fikir fikir, ....boleh... skip semua ni.... Jangan makan! Habis cerita. Lagipun ana suka makan ikan dari daging lembu atau ayam, lembu import tak suka, lain rasanya, maklumlah orang kampung. Kambing tak payah kasi, tak lalu. Cuma tak boleh elak kalau hari Raya korban, dua tiga hari memang tak ada lauk lain, daging, daging, daging dan daging. Terpaksa juga makan organ dalam sekali setahun.
Banyak blog memperkatakan tentang pertembungan antara sains dan islam tentang organ dalaman ini. Salah satunya dari
“Dihalalkan untuk kita (umat Islam) dua jenis bangkai dan dua jenis darah, adapun dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang, manakala dua jenis darah itu ialah hati dan limpa.” (Hadith riwayat Ahmad 2/97, dan Ibn Majah, Kitab al-At’imah, bab al-Kabid wa al-Tihal.
Hati mempunyai banyak kelebihannya tapi ia juga menyumbang banyak cholesterol. Panjang nak cerita di sini. Broadband pun mengada ngada kejab ada kejab putus. Tunggu la esok bayar. Sila baca tulisan
Friday, November 27, 2009
Raya di sini
Tahun ni raya jatuh pada hari jumaat, ada tiga hari masa, jumaat, sabtu dan ahad. Tak ambil cuti. Ana mengambil keputusan "stand by" tidak balik kampung. Berdasarkan alasan alasan berikut.
- Cuti hampir habis, sekarang dah hujung tahun.
- Sekarang musim hujan di Kelantan.
- Radiotor kereta rosak, dah service 2 hari sebelum raya, meragam lagi ke?
- Roadtax kereta expire 29hb, bagaimanapun semalam berjaya renew.
- Tak ada orang marah kalau tak balik. Kedua ibu bapa telah meninggal dunia.
- Kawan ana kata kalau balik pun menghabiskan boreh aje. Dia gurau sebenar tu.
Jadi hari ni ana pergi sembahyang raya di sini. Surau dekat taman ana cepat sangat, sebelum pukul 8 pagi dah sembahyang. Banyak kot lembu nak disembelih selepas ni. Pergi surau taman sebelah, suraunya lebih besar...ramainya orang...melimpah limpah sampai keluar. Bahagian perempuan Alhamdulillah ada ruang, lagipun orang perempuan selalu bawa kelengkapan yang cukup,sejadah kain semua. Tikar tikar yang terbentang diluar semua dah penuh orang,ramai yang bentangkan sejadah atas rumput, yang tak bawa sejadah, sekadar melihat je orang sembahyang.
Memang selalupun, sembahyang raya haji cepat daripada sembahyang raya aidilfitri, kambing yang bertanduk pusing pusing dah ready beberapa ekor untuk disembelih, sedang berehat di tepi surau. hari ni hari kambing, esoknya baru sembelih lembu, ada tujuh ekor sedang menunggu. Jadi apa aktiviti hari ni selain daripada mendobi, makan dan menonton tv?
Wednesday, November 25, 2009
Banjir dan Banjir Kilat

Tuesday, November 24, 2009
Sotong kering

Gambar atas, ialah sotong kering. Kalau dibakar atau dimasak sambal, sedap oooo!!! Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok. Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan. Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat .

Sunday, November 22, 2009
Menjelang hujung tahun
Friday, November 20, 2009
Hujan

Kalau hujan ni tak ada ingat lain, hujan mesti lebih lapar, nak nak kalau hari cuti. Apa lagi yang boleh di makan ni, kalau ada goreng ubi keledek pun sodap.
.jpg)
kalau lapar habis ni

gambar curi.
Ni makan sambil tengok drama Nur kasih sah habis sepinggan. Esok ana plan nak pergi cari ubikayu sikit. Sah dua tiga hari ni hujan lagi.
Monday, November 16, 2009
Lambaian Kaabah

Friday, November 13, 2009
Kesetiaan
Bulan ini genaplah sebelas tahun umur kereta ana, tidak terlintas sedikit pun niat untuk menukar kereta lain. Warnanya,seatnya,masih sama. Walaupun ramai yang mengutuk,ana buat tak kisah,prinsip ana sangat mudah:
- Siapa pakai ?
- Siapa bayar ?
Kenapa perlu pening kepala memikirkan untuk memuaskan hati orang? Sedangkan jawapan kepada dua soalan di atas adalah diri kita sendiri. Berapa ramai orang menyuruh tukar kereta lain,tanpa memberi sedikitpun sumbangan,mereka mengharapkan hati mereka puas, mata mereka senang melihat. Adilkah? Mereka tidak sedar kesetiaan ada disini.
Orang yang lama tak jumpa selalu bertanya nombor telefon ana, "berapa nombor? " " nombor sama dengan dulu... tak pernah tukar." " betul ke?" Mereka curiga atau tidak percaya, mungkin salah satu. Mengapa perlu tukar benda yang tak perlu. Mereka tidak sedar ini juga kesetiaan.
Thursday, November 12, 2009
Nombor ekor
" Hello, hari ni cabut, mahu angkat ke?"
" boleh kirim? ini nombor, ini duit"
"kalau kena ni nak angkat motor sebiji"
"8733, eh, itu nombor motor aku tapi terbalik"
"3987. satu hari fikir nombor ni, orang lain yang kena"
Itu adalah antara perbualan kaki nombor, pagi pagi sesampai je office tak ada topik lain, nombor,nombor,nombor. Hanya nombor, agenda lain kurang penting. Beli dan harap akan naik nombor tu. Kaki nombor bukan saja orang bukan islam, muslim pun sama tergila gila nombor. Bulan puasa pun berani pergi beli. Puasa lain kira nombor tetap jalan. Nasihat pun tak ada kesan apa apa.
Hari ini salah seorang daripada mereka dari pagi tersenyum gembira. Nombornya naik. Siap tanya " U mahu makan apa? I mahu belanja, I tahu u mesti tak mau. tapi I mahu tanya juga"

Lamaaaa dulu, masa ana kat Alor Star tunggu bas nak balik KB dalam pukul 8.00 gitu, ana lepak lepak dulu tunggu masa, lepas magrib kedai kedai dah tutup kat Alos Star. Kebetulan dekat stesen bas tu ada kedai toto. Tetiba sebuah kereta berhenti depan kedai toto, heran mana nak pergi pak cik ni, dia pakai baju melayu dan kopiah. Buka pintu keta dengan kain pelikat nya dia menuju ke kedai nombor tengok white board yang ada depan kedai toto, ana tak faham apa, cuma nampak nombor nombor je kat white board tu. Lepas seminit pak cik tu terus belah.
Gila nombor tak kenal siapa.
Tuesday, November 10, 2009
Jom join kita
" eh, dulu bukan kah...... kerja mana sekarang?"
Itu adalah dialog biasa apabila jumpa kawan lama hilang.
" Mana kad... kasi ..nanti boleh calling calling..."
Seperti biasa ana menjawap " no lama la.. mana ada tukar" Nombor hp ana tetap sama sejak celcom ditubuhkan. Tak pernahpun tukar...celcom je tak pernah nak bagi diskaun.
Buat apa sekarang? Lama tak nampak... tak buat sales lagi ke?
Penat ya menjawab soalan ni.."Dah pencen.."
"Kenapa tak nak buat lagi.. kita dah maju sekarang.. jom join kita..."
Larikkkkkkkkk....
Begitulah perbualan bila lama tak jumpa kawan kawan sales dulu. Kira kira dekat setahun ana mengundur diri dari sales. Penat rasanya. Memula slow dulu, lama lama baik diam terus, bukan senang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Dah biasa ada duit dalam account tetiap bulan... sekarang tak ada lagi ..kering juga rasanya. Bagaimanapun mengenangkan faktor umur,masa,tak sesuai dah rasanya berada dalam bidang sales lagi. Kasi lah peluang pada orang memuda pula.
Biarlah ana simpan je sesijil tu semua, travel dah tak larat sekarang, letih la jam, bayar parking,baik duduk rumah je. Kalau ada orang datang kedai ana ni ada la rezeki.
Monday, November 9, 2009
Letih Menunggu
- dua keping gambar
- satu i/c photostat
- passport lama
- isi borang
Baru dapat nombor giliran. Jam pukul 11.01 pagi, tunggu sejam lebih sikit baru panggil, sejam menunggu memang seksa. Kenapa la Putrajaya ni bagi ruang sempit je untuk orang buat passport. Kerusi ada 40 je,(Siap bilang tu), yang datang beratus sehari. Orang melimpah keluar. Bahagian pekerja asing,pembantu rumah luas pula ruangannya. Tak faham apa yang diberi keutamaan susun atur mereka.
Bayaran untuk 5 tahun rm 300, memang mahal, sekarang kalau nak murah ambil 2 tahun je rm 100, bukan selalupun ana pakai passport ni. Ingat dedulu rm 60 je. Tahun bila entah, masa Anwar Ibrahim jadi menteri kewangan dia naikkan rm 300, kononnya hanya orang yang berduit je yang pergi luar negara. Ana tak nampak betul pun idea dia tu, bayangkan orang Malaysia yang pergi haji setiap tahun lebih kurang 25 ribu orang, mungkin separuh darinya tak pernah pergi luar negara pun, untuk pergi haji sekali kena rm 300. Kaya kan imigresen.
Lepas sejam menunggu, baru dia panggil, cap jari gitu gini,buat bayaran, baru dapat resit. "Tarikh kutipan 09/11/09 : 2 jam selepas waktu bayaran" Masa tu pukul 12.06 tghari. Tunggu lagi,..... baik pergi makan dulu ...lah.. pusing pusing kedai.
Pukul 2.25 baru dapat passport. Akhirnya. Lega lama menunggu berakhir. Baru nak keluar bangunan hujan turun dengan lebatnya, setengah jam...belum berhenti... adoiiiiiiiiiii....tunggu lagi..
Saturday, November 7, 2009
How to say 'no'
- aku dah jadi guarantor si A, kau tak nak kenal dia, tengok muka aku pun dia tak berani sekarang, kau nak jadi macam tu?-cakap dengan suara yang kuat walaupun sebenarnya menipu.
- Aku sangup putus kawan daripada menjadi guarantor kau.-cakap dengan suara yang kuat walaupun menipu
- Aku memang tak layak jadi guarantor kau,sebab aku sangup hantar kaki pukul kalau kau tak bayar -cakap dengan suara yang kuat walau pun menipu
- Aku sanggup bayar iklan besar letak tepi jalan minta orang jadi guarantor kau- cakap dengan suara yang kuat walaupun menipu.
Memang gerenti kata kata cantas ini akan melemahkan semangat orang, bagaimanapun kata kata sahaja tak menjadi mesti dengan muka yang garang.

Thursday, November 5, 2009
Guarantor Bank Rakyat
"aku nak minta tolong kau, jadi guarantor aku kat bank rakyat,aku nak pinjam duit dalam 10k, aku nak buat business sikit, kau jangan risau aku akan bayar... bla bala bla......."
Lama ana termenung, dia tambah lagi" aku tak akan lari kau jangan risau"....ana masih termenung, tanya serba sikit,tapi masih belum buat keputusan ya atau tidak. Ihhhh budak ni, ana tau rumah sewanya, rumah kampungnya,familynya,ligat kepala fikir itu ini,jika ya macam mana, jika tidak macam mana. Susahnya nak kata "NO" pada seorang kawan.
Kisah kawan naya kawan jadi guarantor dah banyak berlaku,akan berlaku dan terus berlaku. Akhirnya ana buka mulut " Minta maaf la, tak dapat nak minta tolong kau, kau cuba minta orang lain"
"ok, tapi kau jangan cakap kat orang tau aku datang jumpa kau minta kau jadi guarantor, tolong jangan bagi tau orang ya"
La gitu pula permintaan dia. Kalau betul dia nak pinjam kenapa nak sembunyi sembunyi takut orang tau...Tengok dalam paper company A hutang rmXXX, company B hutang rmXXX,
siar besar besar,Mara pun siar nama orang tak bayar hutang, apa nak malu dah kita nak hutang.
Sekarang sudah berapa tahun ana tak jumpa dia, mana entah hilang, kerja kat mana, tinggal kat mana. Hilang betul.
Tuesday, November 3, 2009
Blackout


fire extinguisher
parang kontot
Apa lagi?... cuba bagi cadangan...
Monday, November 2, 2009
Diskriminasi status
" engkau kenapa tak cukup duit, makan bukan banyak pun, bujangkan" Orang berkeluarga lupa orang bujang juga ada keperluan lain, selain dari makan. Sama seperti orang berkeluarga, ada bil yang hendak dibayar. Rumah,kereta,bil air,bil elektrik,telefon,mantainance, semua bagai lah. Mana ada beza. Ada ke bank bagi diskaun untuk orang bujang? Sama je.
Contoh kedua, " kau bujang, nah ambil aku bagi dua biji je, itu pun belum tentu habis" Kenapa orang berkeluarga dapat sebakul, bujang dapat 2 biji je. Mana aci, orang bujang juga nak makan sebakul, tak pun boleh bagi jejiran atau kekawan. Kita mungkin seorang tapi ada orang kiri kanan.
Contoh ketiga, " untuk kau tak de, ni untuk orang ada anak je" Selalunya hanya orang berkeluaga yang dapat hadiah atau saguhati apa apa. Bujang tengok melopong je. Mana keadilan?, ada ke hukum macam ni?
Contoh keempat, " buat apa nak datang rumah kau , bukan ada apa pun" Rumah orang bujang jarang mendapat perhatian, kononnya tak meriah, Tak ada barang apa nak makan, peti ais tak penuh, sedangkan orang bujang selalu buang barang sebab expired tak habis nak makan. Nak beli sikit tak sampai hati.
Contoh kelima " disebabkan kau bujang, rasanya kau yang patut contribute paling banyak" Sekali lagi menjadi mangsa, kononnya duit kita paling banyak dan tak ada tempat nak tabur. Kejadian ini biasa berlaku time raya. Banyak keluar dari masuk. Akaun kita tak balance. Negative.
Kenapa diskriminasi?
Saturday, October 31, 2009
Kredit kad oh kredit kad,
Mari kita lihat dari perspektif yang lebih baik, mengapa perlunya tindakan ini. Caj rm 50 keatas setiap kad akan mendorong orang ramai mengurangkan bilangan kad yang dimiliki. Cuba lihat di dalam dompet masing masing, berapakah bilangan kredit kad yang ada? Perlukah 5 atau 6 kad untuk seorang? Berapakah hutang yang ada sekarang? Adakah lebih besar daripada pendapatan bulanan? Berapa % kah bayaran setiap bulan berbanding jumlah hutang? Minima?
p/s sudah menampal jumlah hutang di dinding untuk tatapan setiap hari, tapi jumlahnya lambat sangat berkurang.
Friday, October 30, 2009
Betul ke tak ada?
- Mesin basuh -ana lebih suka basuh tangan, sambil sambil basuh boleh fikir banyak perkara, ia juga satu terapi.
- Sofa lawa -yang ada hanya kerusi untuk urut kaki, kerusi untuk makan, orang datang duduk bawah je, pakai meja jepun harga rm 30.
- Hiasan atau bunga -memang ana tak minat banyak barang, tolong jangan bagi bunga nanti masuk tong sampah.
- Duit banyak- kais pagi makan pagi, duit memang untuk makan ja. Awal bulan dah habis bayar hutang.
- Barang kemas- walaupun ana orang kelantan ana tak pernah beli emas untuk diri sendiri, yang pakai gelang sampai siku tu orang lain.
Lain lain sambung lain kali.
Tuesday, October 27, 2009
Blog vs Buku

Memandangkan sekarang ni kita dah nak hujung tahun, bulan 10 pun dah nak habis. Tiba masa jengok jengok resit buku yang dibeli. Senang nanti nak kira income tax, budget pun dah keluar. boleh la kira2 berapa kena tahun ni. Sedikit kecewa, kerana resit tahun ni tak sampai pun rm 200 berbanding tahun lepas rm 600. Beberapa buku lagi ada belum terbaca sebab sekarang sibuk baca blog.
Kunjungan ke kedai buku juga dah kurang, selalu ana suka ke kunikuniya klcc,mph great eastern atau kedai kedai buku jln tar. Sekarang pergi pun yang dekat dekat je, jusco,the mines, tapi tak lepak lelama. Beli pun yang bawah rm 40 ringgit je. Kalau lebih baca situ sampai habis.
Ada ke orang lain perangai macam ni ?
Sejak berblog ni juga,banyak masa buang depan skrin ni, yang pasti ana lebih banyak membaca dari menulis. Membaca tetiap hari, menulis kalau masa free. Ana tertanya tanya apa perkerjaan
tijah pasti tidak mengecewakan. Ramai lagi blogger yang ana follow memasing ada stail sendiri. Cuma ana tak suka blog colour pink berbunga bunga,tak tau kenapa?
Monday, October 26, 2009
KLIA-LCCT
Saturday, October 24, 2009
Kursus dan Menguap
Dari pagi break, sambung,(sambung menguap)lunch, sembahyang, sambung balik masuk dewan, sesi menguap pun bermula lagi, break, sambung course ( sambung menguap) hingga lah habis kul 4.30 pm. Ini lah kursus yang paling banyak menguap. Kira tak kira rasanya ada lah lebih 40 kali kut.

Tapi bukan ana sorang yang menguap Rice pun menguap

Wednesday, October 21, 2009
Pokai
Kita pokai bila hujung bulan. Hari ni 21hb, bagi sesiapa yang bulan lepas dapat gaji awal sebelum raya memang haru sekarang. Tengah haru. Sapa ya tak haru, nak tunggu gaji lebih kurang seminggu lagi. Poket memasing dah kering. Sesapa yang dapat bonus hari raya hari tu memang bertuah. Tak payah pening pening. Bagi yang tak dapat bukan pening lagi, dah rebah dah.
Untuk raya tahun depan kena menabung dari sekarang,tapi tak sempat tahun depan tabung dah terbuka. Dedulu ada juga guna sistem sampul, insuran kereta, hari raya,mantainance,dll yang datang sekali setahun. Kumpul duit dalam sampul memasing. Bagaimanapun disiplin tu hanya bertahan beberapa bulan je, tak sampai setahun ada saja godaan datang. Ini mesti beli itu nak kena ada, hancur tabung. Sekarang berapa tinggal duit?

dua puluh ringgit je
Tuesday, October 20, 2009
Kita gotong royong
"tumbuk, ....sapa suka menumbuk mari sini"
Monday, October 19, 2009
Mari kira hutang
hutang credit card xxxx (up to date)
hutang rumah xxx(up to date)
hutang dgn orang 0( nasib baik tak de)
Itu saja hutang yang ana ada.. Sejak 6 bulan lepas ana tidak lagi mempunyai credit card. Semuanya telah digunting satu persatu. Seksanya mempunyai kad kredit ni, tapi dikala susah nasib baik ada kad kredit.
Maybank pula beberapa tahun pakai hutang tak habis habis, baru nak abis ade hutang baru, baru nak abis tambah lagi. Pbb ade bagi free annual fee transter ke pbb pula, ocbc ade bagi free juga annual fee untuk great eastern polisi holder,angkat juga, tak nak guna tak nak guna terguna juga.maybank tutup tinggal pbb dan ocbc, habis hutang ocbc tutup terus. potong pbb pula, sekarang tinggal hutang pbb je kad dah arwah.
Sesekali sekala ade juga ingat nak ambik kad balik tapi mengenangkan kata seorang kawan " tak mati pun aku tak ade kredit kad" terus niat tu padam. Bukan senang kan nak elak hutang, godaan selalu ada.
Tuesday, October 13, 2009
Dah tua kita..
Banyak lagi gambar tak sempat nak upload, tidur dulu esok kerja, nanti update kemudian. Dah tetua ni cepat penat.
Monday, October 5, 2009
Dimana dia..?

Bila dikisar, beras yang lembut rendam air tadi akan pecah pecah halus, turun ikut salurannya
jatuh dalam bekas yang ditadah. Tepung ni nanti baru dibuat kuih. Gigih orang delulu buat kuih, panjang prosesnya. Pewarna ada satu colour je, hijau daun pandan yang ditumbuk, tak macam sekarang pakai pewarna beli kedai. Balik raya hari tu ana cari cari dimana pengisar ni sekarang. Last sekali nampak beberapa tahun lepas,lama dah, dah jadi lapik tiang rumah. Raya hari tu tak ada pula.
Dah lama dilupakan pengisar ni, generasi sekarang pun tak kenal dah. Baru baru ni pergi beraya kat rumah jiran...... ini dia.......dia tiada lagi di department dapur.
:
:
:
: